Trip Europe 2018 (prolog)
Kisahnya bermula apabila Abang Chik ditempatkan bertugas di Mannheim, Germany selama dua bulan di sana (kursus ke apa aku tak pasti) dari 12 Oktober sampai 12 Disember 2018. Dan tentulah isterinya ambil cuti tanpa gaji untuk mengikutnya bersama. " Untungnya Abang Chik pergi oversea lagi.. " - bisikku mengenangkan betapa adik-beradik yang lain sudah banyak kali ditempatkan di luar negara.. (entri kembara-3 ) Jadi ketika sedang makan bersama keluarga asas aku, tiba-tiba timbul perbualan.. "Ran, bila mu nak pergi Mannheim? " "Tak tahu la.." jawabku malas nak layan sangat. Sangkaku Abang Chik nak menunjuk dan berlagak.. " Takde la, sementara aku ada kat Mannheim nanti. Mu datang la beberapa hari, boleh aku bawa jalan-jalan alang-alang.. " ujarnya.. " Heh? !" Maka sejak itu, aku & keluarga terus merancang untuk datang melawat Abang Chik ke Mannheim. Mulanya aku merancang perjalanan berdua. Tapi tengokkan tiket berdua je ...