Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19
Nota - entri ini bersifat retrospektif. Wabak covid-19 semakin menjadi-jadi di Malaysia. Bahkan Perdana Menteri ke-8 beserta Agong telahpun mengeluarkan perintah "Kawalan Pergerakan" kepada semua rakyat Malaysia bermula 18.3.2020. Harap-harapnya kejadian kes dapat dikawal sepenuhnya.. Bersempena arahan tersebut, maka banyak premis kerajaan terpaksa ditutup. Dan tentulah bangunan UTC tempat aku kerja juga terkesan sama. Pada awalnya, aku dipanggil bertugas semula di 'klinik penjaga'. Namun terdapat arahan baru bahawa semua staf klinik di UTC dipanggil khas untuk bertugas di pusat saringan covid-19, bermula 20.3.2020 (Jumaat). Fasa persediaan (aku terima arahan ini pada 17.3.2020) 18.3.2020 (Rabu) - Mesyuarat gempar oleh pejabat kesihatan & klinik yang terlibat. Pada awalnya pusat saringan covid-19 dirancang untuk buka di Klinik Kesihatan Batu Kawa. Aku rasa klinik ini sesuai sebab klinik ini agak terpinggir dari bandaraya (laluan trafik kurang sesak sebab ...