Modul Ramadhan 1441H (Tahap 2)
Ramadhan kembali lagi. Tahun Hijrah 1441H. Ahlan wa sahlan..
Fokus - Modul Ramadhan Tahap 2 (Juzuk 29-30)
Bila diamati, jumlah surah cakupan Juzuk 29 & 30 ialah sebanyak 48 semuanya..
Tugasan yang perlu dilakukan sendiri buat ialah 'baca' kesemua surah tersebut dalam sehari. Dalam solat boleh, di luar solat juga dikira. Dan pembacaan ini dilakukan lagi setiap hari sehingga tamat Ramadhan.
Antara tips usaha aku ialah:
Aku tak pasti orang lain macam mana.. Tapi aku berpendapat bulan Ramadhan ini adalah satu kesempatan baik untuk kita untuk 'upgrade' amalan surah. Perluas bacaan surah mengjangkaui surah-surah lazim. Baru la rasa seronok nak ikut imam (terutamanya bila imam baca surah tersebut). Takde la bosan / mengantuk nak ikut imam tahfiz / imam Mekah.
Wassalam..
"Macam biasa, pada permulaan bulan puasa, ramai orang semangat berkobar-kobar untuk memperbanyak amal ibadah sepanjang bulan ramadhan sebab nak kejar pahala banyak-banyak.. Dan aku juga tak terkecuali, turut berusaha untuk memperbanyak amal ibadah..Alhamdulillah, di media internet terdapat usaha daripada pelbagai pihak & organisasi menyenaraikan antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan supaya jemaah mudah untuk capai pahala tersebut. Sementara itu, aku mempunyai pelan senarai semak sendiri (custom). Kesinambungan dari usaha Modul Ramadhan tahun lalu, kali ini naik taraf sikit. Objektif Ramadhan kali ini ialah..
- Pada pengakhiran Ramadhan 1441H, aku berharap agar aku fasih dan lancar untuk semua surah Juzuk 29 & 30..
Fokus - Modul Ramadhan Tahap 2 (Juzuk 29-30)
- Juzuk 29 : 11 Surah
- Juzuk 30 (juga dikenali sebagai Juzuk Amma) : 37 Surah
Tugasan yang perlu dilakukan sendiri buat ialah 'baca' kesemua surah tersebut dalam sehari. Dalam solat boleh, di luar solat juga dikira. Dan pembacaan ini dilakukan lagi setiap hari sehingga tamat Ramadhan.
- Pelbagaikan surah dalam solat fardhu sehari semalam. Jadi dalam sehari akan baca 2 (Surah) X 5 (bilangan solat) = 10 surah
Status : 48 - 10 = 38* lagi baki surah
- Ajak isteri untuk tasmi' (perdengarkan) hafazannya. Sambil-sambil itu, kita pun ulangkaji surah tersebut juga.. Contoh macam kisah aku, isteri dah biasa surah Lazim sahaja, jadi aku siap-siap asingkan surah Lazim tersebut (tak perlu baca dalam solat). Sama juga formulanya 2 surah x 5 waktu = 10 Surah
Status : 38* - 10 = 28` lagi baki surah
- Solat tarawikh - sejak aku amalkan modul Ramadhan ini, aku dapati solat tarawikh sebagai peluang hebat untuk praktis surah. Maka 8 rakaat boleh baca 8 surah berbeza, ditambah lagi dengan 3 rakaat witir (5 surah lazim). Jadi, dengan tujuan itu, alhamdulillah aku tak berat punggung untuk solat tarawikh.. (bahkan kalau buat tarawikh 20 rakaaat pun cukup sebenarnya)
Status : 28` - (8 tarawikh + 3 witir) = 17 surah lagiTinggal 17 surah lagi. Kena kreatif nak baca pada kesempatan yang bagaimana..
- Solat sunat (Dhuha / Tahajud / dan lain-lain)
- Dengarkan bacaan di Youtube / mp3 sambil ikut bacaan
- Sekadar tilawah / bacaan Al-Quran biasa..
- Praktis hafazan semasa dalam perjalanan / menunggu waktu berbuka dll..
- Misalnya waktu maghrib agak singkat, sebahagian masa dah diguna untuk berbuka. Jadi tak boleh surah panjang-panjang. Mungkin 'sederhana' cukup.
- Kemampuan makmum nak ikut lama. Kalau rasa-rasa makmum ada urusan lain, elok dipermudahkan sahaja surah. Teringat aku tentang satu hadith (dipetik dari laman web rasmi Pejabat Wufti Wilayah Persekutuan - Kadar Bacaan Imam bagi Solat Fardhu)
أَنَّ رَجُلًا قَالَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَأَتَأَخَّرُ عَنْ صَلَاةِ الْغَدَاةِ مِنْ أَجْلِ فُلَانٍ مِمَّا يُطِيلُ بِنَا فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْعِظَةٍ أَشَدَّ غَضَبًا مِنْهُ يَوْمَئِذٍ ثُمَّ قَالَ إِنَّ مِنْكُمْ مُنَفِّرِينَ فَأَيُّكُمْ مَا صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيَتَجَوَّزْ فَإِنَّ فِيهِمْ الضَّعِيفَ وَالْكَبِيرَ وَذَا الْحَاجَةِ
Maksudnya :” Ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah Aku ini terlambat daripada solat disebabkan ada fulan yang memanjangkan solat ketika dia mengimami kami. Kata Abu Mas’ud : Aku tidak melihat Rasulullah marah pada hari Baginda memberi peringatan melainkan pada hari tersebut. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya ada di antara kalian yang akan lari. Sesiapa yang menjadi imam maka ringkaskan. Ada dalam kalangan makmum yang lemah, ada yang tua dan ada yang mempunyai hajat (untuk diselesaikan)." Riwayat Al-Bukhari (702)"
---
Takkan asyik-asyik nak baca surah sama kot?! Ayuh! |
"Sebenarnya kita tak suka imam baca surah 'panjang' sebab kita tak tahu apa yang dibaca. Nak ikut pun tak pandai. Namun, persepsi kita jadi berbeza apabila kita tahu dan hafal surah yang imam baca itu. Tak percaya cuba try surah Al-A'la.. (bagi yang dah hafal tak kisah pun, tapi bagi yang tak pernah biasa mungkin rasa berat surah ni)"Sebagai akhir kata, aku sedar dan akui bahawa setiap orang punya cara masing-masing ingin mencari hadiah TAQWA pada pengakhiran Ramadhan (kalau niat begitulah). Asalkan niat betul untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka terpulanglah. Semoga amal ibadah kita diterima Allah, tambah-tambah bulan Ramadhan ini pahala digandakan lagi..
Wassalam..
--- Jom ulangkaji sikit beberapa karangan terdahulu --
- Menjelang Ramadhan (1434H) umum tentang perihal puasa termasuklah firman Allah dalam Al-Quran yang mewajibkan puasa..
"Wahai orang-orang yang beriman!, Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah 2:183)
- Bonus Ramadhan menyentuh tentang betapa pahala amalan di bulan ramadhan dilipat gandakan berbanding dengan bulan-bulan yang lain
- Sahur - sedikit perincian tentang sahur dari aspek sains
- Sunnah Ramadhan (part 1) membincangkan sunnah amalan di bulan Ramadhan
- Kesilapan kerap di bulan Ramadhan
Ulasan