Untungnya ada rak buku di Ruang Tamu
Bismillah.. Baru-baru ini aku menjumpai satu status facebook yang menjadi bualan (kecaman) hangat oleh pihak netizen.. Jom aku kongsi dalam sini juga.. Kalau diamati latar belakang penulis, mungkin beliau mempunyai sedikit kepentingan sendiri iaitu ingin melariskan jualan bukunya. Tentang hal itu, maka terserahlah kepada ikhtiar beliau sendiri, sebab beliau memang perlu menyara diri dan keluarga masing-masing.. Dan penulisan ini bukanlah untuk sertai kelab mengecam beliau. Sebaliknya, aku dapati idea (isu) yang dikemukakan sebenarnya sangat menarik untuk dibincang di sini. Fokus - Untungnya ada rak buku di ruang tamu rumah ramai inginkan ada bilik membaca sendiri, tapi tahukah lagi untung ada rak buku di ruang tamu Dah kenapa beruntung pula?? 1) Buku sebagai modal suai kenal (ice breaking) yang paling senang. Ketika berziarah rumah orang lain, antara adab menghormati tuan rumah ialah kita membicarakan topik yang menyenangkan tuan rumah. Mana nak cari idea? Nah, tengok pada r...