Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa
Pertama sekali aku nak membuat pernyataan bahawa penulisan berikut (diapit oleh 'penanda') dihasilkan sepenuhnya oleh Muhammad Fauzi Asmuni (aku tak kenal) di laman Facebook bertarikh 3 Feb 2021 seperti pautan berikut --> https://www.facebook.com/muhammadfauzi.asmuni/posts/4311814912167841 . Jadi selayaknya beliau mendapat kredit atas apa sahaja buah fikirannya.. --- Salin Tampal mula --- Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa 1. Kesibukan adalah keperluan manusia. Kita kena sibuk sama macam kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup. 2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan. 3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup kita, kita sen...