Cebisan Kenangan (Rumah Samarindah)
Bersempena perpindahan kediaman aku yang kedua, maka ingin sekali aku mengimbau kenangan mendiami rumah terdahulu. [Nota - hanya pengalaman tinggal di rumah sendiri sahaja diambil kira. Dengan kata lain, rumah tinggal dengan ibu bapa tak kira. Rumah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa] Kediaman #1 Flat Samarindah [Mac 2016-Feb 2018] Jenis rumah : Flat (anggaran 600-700 kaki persegi) Hak milik : Sewa Jumpa melalui carian mudah.my. Masa ni mencari rumah pertama sebab nak mendirikan rumah tangga. Selain itu, aku perlu cari kediaman yang agak berhampiran dengan tempat kerja Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak agar mudah aku berulang-alik kerja. Maka jumpa la iklan tentang rumah ni.. Keterangan rumah Rumah flat 3 tingkat. Rumah sewa aku di tingkat 2 3 bilik tidur, 1 tandas, 1 bilik mandi Kemudahan asas sahaja - antara kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah ialah ampaian buatan tangan katil bujang, katil kelamin, sofa-3 tempat (tapi kaki dah patah) meja mak...