Diari Vaksin Covid 19
Entri ini bersifat retrospektif sahaja - dah berlalu pun beberapa hari..
--- Suntikan Dos pertama ---
26.2.2021 Jumaat - aku dijadualkan ambil vaksin pada hari ni (aku kerja baris hadapan jadi memang kena dengan suntikan fasa pertama).
Tapi ambil petang la (semua orang terlibat) - sebab beban kerja petang jumaat tak berat (kalau nak dibandingkan dengan hari lain). Lagipun esok dah cuti hari minggu (sabtu ahad), apa-apa kesan sampingan vaksin tanggung la sendiri semasa hari minggu (jangan harap nak dapat MC 😅). Baik punya pelan mereka
Antara langkah-langkah
- Daftar dalam aplikasi mysejahtera sepertimana orang awam daftar (ni buat awal-awal). Mysejahtera akan papar - sila menunggu giliran (macam orang awam dapat)
- Tarikh suntikan akan diberitahu kemudian - untuk petugas kesihatan, sememangnya senarai nama dah dikeluarkan siap-siap
- Hari suntikan - daftar di meja pendaftaran. Masa ini kena isi & tandatangan persetujuan. Staf akan minta kad pengenalan lalu mereka kemaskini dalam sistem atas talian, maka mysejahtera akan papar senarai semak anda (rujuk gambar)
Jadi suntik la vaksin di bahu kiri. Aku takut jarum sikit tapi kena beranikan diri. Rupanya tak sakit seperti yang disangka. Aku rasa ambil darah periksa gula hujung jari lagi sakit.
- Usai vaksin, kena scan kod QR supaya status mysejahtera "sudah vaksin" disahkan (tapi hari ni sistem bermasalah, jadi staf yang kemas kinikan secara manual)
- Kemudiannya, aku dan lain-lain diminta duduk di tempat menunggu. 15-30 minit pantau sendiri. Main la telefon ke bergambar ke atau sembang pengalaman..
- Kemudian sambung kerja semula. Kawtim la dengan kawan kerja kalau perlu rehat lebih..
Kesan sampingan tipulah nak kata tak rasa. Badan sepatutnya bertindak balas terhadap vaksin (nak hasilkan antibodi). Jadi semestinya akan ada kesan..
Petang yang sama aku rasa pening-pening sikit (giddiness). Kepala tak sakit. Masih boleh kerja dan pulang naik motor lagi
Malam harinya, badan rasa panas-panas. Isteri periksa suhu (guna termometer) normal. Aku tak ambil panadol (simpan sebab isteri lebih memerlukan). Isteri cuma tuam ais sahaja di kepala. Aku tidur awal sebab esok ada program kerja pula (perlu sihat untuk esok).
27.2.2021 Sabtu - pening dah tak ada. Tapi kesan sampingan kedua aku mula rasa - Sengal-sengal di tempat suntikan. Pergerakan bahu kiri agak terganggu sikit (tak boleh angkat tangan sampai kepala). Tapi aku masih turun kerja pagi (program saringan) sabtu tu..
- Sebarang kesan sampingan perlu laporkan dalam mysejahtera. Tapi kalau berpanjangan lebih 3 hari atau rasa sangat teruk kena jumpa doktor untuk bantuan.
28.2.2021 Ahad - kesan sengal dah semakin sembuh. Hari ini sekali lagi aku terlibat dalam program saringan. Alhamdulillah boleh kerja macam biasa. Malam dah sihat macam biasa. Alhamdulillah.
Dos pertama selesai. Dos kedua pada 19.3.2021 nanti
Dengan izin Allah, semoga dilindungi penyakit (melalui usaha vaksin) |
--- Suntikan Dos Kedua ---
"suntikan dos kedua mestilah dalam jarak (tempoh) masa 21 hari dari dos pertama. Jadi tarikh suntikan kedua aku dah pun diketahui sejurus aku hadir suntikan dos pertama lagi.."
19.3.2021 Jumaat Dah tiba masanya dos yang kedua pula.
Macam biasa, langkah-langkah yang perlu dilakukan.
- daftar di meja pendaftaran. Pastikan nama anda ada dalam senarai (tak boleh adhoc tiba-tiba nak tambah sebab stok vaksin terhad, peti ais hanya buka sekali sahaja)
- Imbas QR melalui applikasi mysejahtera
- Terima suntikan
"Seperti biasa saat-saat dicucuk tu pada halnya tak sakit pun, cuma mata selalu prasangka lebih. "
- Duduk untuk pantauan kendiri 30 minit. Kalau ada apa-apa kesan sampingan yang teruk kena maklum pada staf.
Sedikit Tips - buat persediaan sendiri ubat panadol di rumah (sama ada minta doktor berikan semasa hari vaksin, atau kat rumah memang dah ada baki stok ubat panadol). Boleh digunakan untuk menangani kesan pening/demam anda
- Lepas pantau 30 minit tu, kena laporkan pada staf (meja pendaftaran) bahawa anda ok, kemudian akan ada satu lagi imbas QR kod sebelum dibenarkan pulang
Oh ya, dah sempurna vaksin. Anda akan diberikan bukti pengesahan. Sama ada berupa kad fizikal.
kad ni dapat masa dos pertama lagi. Kena bawa lagi masa dos kedua baru mereka dapat kemaskini |
ni boleh didapati dalam aplikasi MySejahtera (profil - seksyen vaksin covid 19) |
"Aku antara kumpulan yang awal buat, jadi ada sedikit masalah dalam sistem mysejahtera. Staf akan kemaskini secara manual sendiri. Hari sabtu (esok) baru la mysejahtera akan paparkan sijil anda. Namun Insya-allah bila sampai giliran anda nanti, mysejahtera lebih efisien"
20.3.2021 Sabtu
Pagi ni badan rasa panas-panas. Dan masih pening. Bila periksa suhu, normal pula. Sepanjang pagi itu aku berbaring-baring dulu. Petangnya keluar jap jalan-jalan & lawat kubur bayi (sebelum pindah). Perjalanan pergi masih berdaya lagi. Cuma perjalanan pulangnya aku mengalah (tak nak ambil risiko) dan minta isteri pandu pulang ke rumah. Malam pun masih panas-panas lagi. Maka aku pun tidur saja di bawah pendingin hawa. Oh ya ada makan panadol juga.
- 2 biji ( = 1gram) siang
- 2 biji ( = 1gram) malam
21.3.2021 Ahad
Alhamdulillah, badan dah sihat! Bangun awal macam biasa. Takde dah makan panadol hari ini.
--- SEDIKIT PESANAN BUAT PEMBACA YANG LAIN ---
Antara ciri vaksin yang baik ialah badan MESTI akan menunjukkan respon (tindak balas). [Dengan kata lain, kalau badan tak rasa apa-apa macam mana nak tahu 'ubat' sampai dalam badan atau tidak??]. Respon ini ada 2 jenis iaitu:
- kesan baik (iaitu imuniti --> ini yang kita nak). Imuniti ni bagusnya dia ada ciri "save data".
- Maksudnya kita bagi supaya badan bina "data melawan covid" & simpan dalam otak.
- Kita bagi 2 kali (2 dos) supaya badan simpan 2 data (2 data lagi baik dari 1 data)
- Kalau dah save, maksudnya kesannya jangka panjang
- kesan sampingan (side effect --> ini kita tak nak tapi sebab dah badan memang respon macam tu juga)
Kesan sampingan vaksin terbahagi kepada 3 kategori (dari aspek tempoh masa berlaku)
- immediate (dalam sejam yang pertama)
- ALLEGIC YANG EKSTREME selalu tergolong dalam kategori ini. Badan pantang jumpa benda allergic, terus bertindak balas secara gila.
- Sebab itu, tempoh 30 minit pantau mesti duduk dalam klinik - kalau jadi apa-apa, masih sempat doktor balas balik ubat yang sesuai (dan beri rawatan)
- PENTING untuk anda nyatakan kalau anda pernah ada sejarah ALLERGIC pada masa silam anda supaya (kalau jadi buat vaksin pun) doktor WAJIB standby siap-siap ubat & kelengkapan rescue sebelah anda.
- short (jangka pendek iaitu : lepas beberapa jam - beberapa hari)
- ada beberapa tanda-tanda (aku rasa ramai dapat baca di internet sumber KKM sendiri)
- berita baiknya - ini TIDAK SEBAHAYA ALLERGIC [anda dah lepas zon immediate. Badan anda tidak bertindak balas secara menggila]
- long (jangka panjang iaitu melebihi bulan/ tahun lamanya)
- ini sukar dijangka sebab terdapat campur tangan / pengaruh unsur luar (makanan, rokok, penyakit lain) yang mana "unsur luar" lebih berperanan kuat menyebabkan masalah tersebut.
"Nak dapat kesan jangka panjang (imuniti) vaksin kena la bersedia untuk tanggung sedikit kesan sampingan (selalunya kesan jangka pendek). Badan anda nak tunjuk respon memang la kena tunjuk 'tanda' sikit. Yang pentingnya kesan sampingan yang anda akan hadapi adalah jangka pendek (sehari dua sahaja) tapi manfaat yang anda dapat tu panjang tempohnya.. Saya menyeru ramai untuk beranikan diri ambil vaksin. Dengan izin Allah, semoga anda semua terpelihara dari penyakit covid (melalui usaha vaksin)"
Ulasan