Cebisan Kenangan (Rumah Samarindah)

Bersempena perpindahan kediaman aku yang kedua, maka ingin sekali aku mengimbau kenangan mendiami rumah terdahulu. [Nota - hanya pengalaman tinggal di rumah sendiri sahaja diambil kira. Dengan kata lain, rumah tinggal dengan ibu bapa tak kira. Rumah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa]

Kediaman #1 Flat Samarindah [Mac 2016-Feb 2018]

Jenis rumah : Flat (anggaran 600-700 kaki persegi)

Hak milik : Sewa 

Jumpa melalui carian mudah.my. Masa ni mencari rumah pertama sebab nak mendirikan rumah tangga. Selain itu, aku perlu cari kediaman yang agak berhampiran dengan tempat kerja Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak agar mudah aku berulang-alik kerja. Maka jumpa la iklan tentang rumah ni..


Keterangan rumah

  • Rumah flat 3 tingkat. Rumah sewa aku di tingkat 2
  • 3 bilik tidur, 1 tandas, 1 bilik mandi
  • Kemudahan asas sahaja - antara kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah ialah 
    • ampaian buatan tangan
    • katil bujang, 
    • katil kelamin, 
    • sofa-3 tempat (tapi kaki dah patah)
    • meja makan 4 kerusi
    • dapur + gas
    • mandian air panas
  • Parkir bebas (tidak berjaga) dan terbuka
  • Persekitaran bawah (ground floor) di blok yang sama terdapat
    • gerai makanan: roti canai, kuih & nasi 
    • kedai runcit
    • kedai baju terpakai
  • Menghadap jalan Dato Mohammad Musa (Jalan yang sibuk)
  • Persekitaran berhampiran dengan lot-lot kedai
    • ada pasaraya Farley di seberang jalan
    • ada pasar basah Bandar Riyal & medan selera (bercampur)
    • ada stesen minyak Petronas
    • ada sekolah SMK Muara Tuang
  • Jarak ke PJHUS : 5km (10 minit perjalanan)
Kenangan pengalaman sepanjang tinggal di rumah ini..
  • pemandangan dari tingkap ruang tamu
    Rumah ini ada pemandangan yang menarik. Dari tingkap ruang tamu/bilik boleh nampak orang ramai menjalani kehidupan sibuk masing-masing
    • isteri kata setiap kali aku pergi kerja, dia akan perhati aku bergerak sehinggalah aku dah hilang dari pandangan
  • Tandas depan bilik tidur. 👍 Terdekat sekali antara semua rumah setakat ini 
  • Rumah ini selamat dari zon banjir. 
    • Namun kalau hujan, laluan jadi basah (dan licin). Jadi boleh tergelincir juga kalau jalan lepas hujan
  • Salah satu dari bilik takde kipas siling, maka secara automatiknya bilik tersebut diguna sebagai bilik pakaian. 
    • Aktiviti menjemur pakaian juga dilakukan di bilik ini. Kebetulan lokasi bilik ini paling terdedah kepada panas matahari petang
    • Oh ya, ada ampaian luar tingkap tapi baju pernah jatuh bawah kena atap bawah pulak (tak dapat nak ambil dah), maka sejak itu kami sidai dalam rumah sahaja.
  • Yard luar ditetapkan sebagai 'dapur basah'. 
    • Pada mulanya ruang ni terbuka tapi posisi ruang ni agak terlindung dari jiran-jiran. Tapi kalau bangunan seberang jalan minggu boleh nampak kot imbasan/bayangan. Jadi akhirnya aku tutup dengan kanvas kalis air. Kalau hujan masih tempias juga..
  • Ketika ribut badai, bunyi angin dan gegaran pada tingkap rumah (ruang tamu) agak meresahkan.
    • Dapur basah tak dapat digunakan ketika hujan ribut (sebab ruang terbuka jadi angin dan hujan tempias masuk ke ruang dapur)
  • Rumah tak begitu kalis bunyi
    • malam-malam hari ada saja bunyi motor remaja (blok lain) merempit terutamanya larut malam
    • terkadang ada bunyi misteri dari jiran tingkat atas (gerak meja di tengah malam? ^-^!). Rumah atas memang ada jiran melayu
  • Jiran - aras aku (tingkat 2) semuanya ada 4 unit rumah termasuk aku. Satu sebelah aku takde orang. Tapi baki yang lain ada
    • Jiran melayu - keluarga yang tak begitu mesra sangat. Kalau nak fikir baik, mungkin mereka menjaga ikhtilat bagi pihak anak perempuan mereka..
    • Jiran iban - agak mesra dalam tegur sapa. Tapi tak pernah kacau dalam kehidupan seharian
  • Masalah haiwan?
    • Kucing - jiran melayu ada bela kucing seekor. Masalahnya kucing tu suka lepak di tempat kasut rumah aku. Bahkan siap berak lagi. Kalau rumah aku terselamat pun, rumah sebelah (yang takde orang) pula yang kena berak. Pencemaran bau memang aku & isteri yang merana. 
    • Musim hujan badai, ada kelkatu datang rumah.
  • Masalah air? lebih kepada tekanan air tak kuat sangat ketika waktu puncak. Jadi walaupun ada pemanas air, tekanan air perlahan hasilnya jadi terlalu panas. Maka selalu aku mandi air sejuk je. Atau tangguh sikit mandi lewat, bila luar waktu puncak tekanan air pun ok. Jadi ok la mandi.
    • guna paip penapis air sehaja (takde coway pun). Hidup je. Cuma terkadang bila perasan air berkelodak ketara sangat, turun bawah ada mesin beli air bersih. 
  • Masalah elektrik? Pernah terjadi suis utama elektrik 'jatuh' - kena angkat naik balik beberapa kali. Paling teruk masalah ni jadi semakin kerap (dalam sehari ada 5-6 kali) walaupun dah jimat elektrik. Akhirnya terpaksa panggil juruteknik untuk perbetulkan
    • masa ni kebetulan tengah timbul perbincangan nak pindah rumah kedua (masa ni ditukarkan ke KKom UTC Kuching). Jauh pula nak pergi Kuching sana. 
  • Internet? Di kawasan samarindah ini, alhamdulillah internet DIGI dapat liputan (mungkin dekat kawasan pekan juga)
  • Rumah ini takde pendingin hawa. Dan kipas bilik kelamin (double bedroom) juga tak berprestasi hebat. Ada masa-masa sejuk nyaman, tapi banyak kali panas sangat 😫 bilik bujang selalu menjadi tempat tumpangan
  • Masalah parkir? Walaupun risau tinggalkan kereta & motor di parkir bawah (ruang terbuka), alhamdulillah tak pernah berlaku kejadian apa-apa (kecurian/ banjir). Cuma tak sedap sebab memang kena hujan la..
    • Kalau balik kampung semenanjung aku lebih selesa tinggalkan kereta dan motor di tempat kerja - pusat jantung ada kawasan parkir yang luas.
  • Laluan koridor & tangga - gelap waktu malam. Takde lampu pun. Jiran-jiran pun tak sampai niat nak pasangkan lampu di luar rumah sendiri. Kalau kami tak nyala lampu sendiri memang gelap.
  • Pengalaman pos - rumah flat ini ada peti surat banyak-banyak di bawah. Terkadang salah peti juga posmen ni masukkan. Terutamanya tentang bil air & elektrik. hanya sekali dua sahaja pernah beli barang guna alamat rumah, yang lain banyak kali hantar ke tempat kerja aku sahaja. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)