Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Nak jadi Helang atau Itik

Layari Facebook terjumpa lagi satu siaran nasihat yang menarik.  Tapi untuk entri Blog ini aku terjemah secara sendiri (bukan AI) supaya lebih eksklusif. (siaran asal boleh klik sini untuk rujukan --> [post Facebook] Booked by Mystic Venus ) -- Saya berada di lapangan terbang ketika seorang pemandu teksi menghampiri saya. Pertama-tama saya perasan dalam teksinya itu ada satu frasa, lantas saya membacanya; "Itik atau Helang? Anda yang Tentukan" Keduanya, saya perasan bahawa: Keadaan teksi itu bersih berkilat  Pemandu yang berpakaian serba kemas berbaju putih dan berseluar rapi dan siap tali leher lagi. Pemandu teksi keluar, membukakan pintu penumpang untuk saya dan berkata "Nama saya John, pemandu awak. Sementara saya memasukkan bagasi anda ke dalam, saya bersukacita jika anda dapat baca kad ini berkenaan apa sebenarnya misi saya. Pada kad, tertera misi John iaitu; "Menghantar klien ke destinasi yang dituju dengan pantas dan jimat di samping memberikan suasana yan...

Simpan Emas

Imej
Sejak tahun 2018, aku mula menyimpan emas sikit-sikit. Sebelum bermula, ada la aku baca-baca beberapa buku tentang emas, antaranya Zulkiflie Shafie - Wang Emas bertahan ketika gawat Syukor Hashim - Menyingkap rahsia pelaburan emas (aku suka buku ni) Lepas habis baca barulah aku mengorak langkah untuk memulakan simpanan emas. Jadi entri blog ini hanya sekadar 'nota pantas' sebagai ingatan tentang aku & emas. (Nota - entri ini tidak bermakna aku dah jadi sifu/ paling arif tentang emas. Hanya sekadar berkongsikan sedikit pengalaman sahaja untuk panduan pembaca lain) 1) Jual beli emas ada dua jenis iaitu Emas fizikal (nampak dan boleh pegang) Emas maya (sekadar nombor dalam buku/app akaun semata-mata)  "Emas fizikal" ni seronok dan paling meyakinkan sebab dapat produk di tangan. Cuma ia datang pada unit/jisim tertentu (macam 1g, 5g, 10g, 20g dan seterusnya), ditambah lagi dengan harga emas yang semakin melambung, kita tak akan kekal mampu untuk beli emas fizikal saban...

AI vs Artis

Imej
Baru ni heboh di media sosial tentang kemahiran Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence atau AI), secara spesifiknya ChatGPT dalam menghasilkan imej gambar lukisan mengikut gaya pelukis tertentu. Banyak contoh yang telah digunakan.. Akira Toriyama (Dragon Ball), Hayao Miyazaki (Studio Ghibli) dan lain-lain (aku tak fasih pekomik yang lain).. Dan paling hangat tersebar baru-baru ni ialah gaya Studio Ghibli. Banyak gambar raya kawan-kawan menggunakan fungsi Aplikasi AI tersebut.. Perkara ni ini menimbulkan isu besar dari pihak studio Ghibli yang mana pengasas berasa sangat jijik dengan penggunaan teknologi AI tersebut  Bacaan siaran yang berkaitan rujuk sini https://www.facebook.com/share/p/18cp51Z6Ck/ Dan tentulah isu ni menyebabkan ada dua kunpulan utama iaitu Menentang penggunaan AI meniru skil pelukis tertentu  Menyokong penggunaan AI tersebut Sebelum aku memilih pihak, jom kita cuba fikirkan apa di sebalik kaca mata masing-masing apabila diperkenalkan teknologi AI ni.. F...