Supportive
"Tak suka betul aku dengan si P tu.. Dah sebulan kat wad lain takkan la satu apa pun tak tau lagi.. " "si P tu pentingkan diri sendiri betul la.. Asyik buat kerja sendiri je, bukannya nak tolong orang lain..dah tu orang lain pula kena cover untuk dia.." "aih, kerja sorang-sorang ke doktor?? mana kawan (si P) tu? Missing in action ke?? " Demikianlah antara tohmahan terhadap seorang kawan sekerja aku ni. Eh kejap, siapa si P ni?? "si P ni adalah houseman first poster , tapi dah melalui posting medical ni setidaknya 2 bulan pengalaman berbanding dengan aku. Dari pemerhatian aku, dia seorang yang masih blur, low self-esteem tapi mementingkan diri sendiri sikit. Dan ditakdirkan aku bekerja shift berdua je dengannya sepanjang bekerja di wad perubatan SW26 sejak posting kali ni.. ^-^! Aiseh, struggle la juga aku menghadapi hari-hari oncall bersamanya, banyak tugasan aku kena cover untuknya juga.." masa on call, dia lebih banyak mas...