Bertukang

Cuti rehat ni aku *sekali (kali pertama aku ada tulis dalam entri rumah (episod 2), tapi takde kaitan dengan entri ni pun) lagi pergi ke IKEA cari perabot ganti di bilik sebab dah rapuh lagi kritikal ^-^! Masa jalan-jalan, memang tertarik dengan satu display rak ni, maka aku pun nak beli la.. Namun, stok yang ada memerlukan pemasangan sendiri (sememangnya beli perabot kat sini kena pasang sendiri..)
"Tak boleh ke ambil yang dah siap ni (merujuk kepada display tersebut)? malas pulak nak pasang sendiri.." :P 
Pernah terfikir tak - "kenapa mesti begitu kaedahnya?" Tak boleh ke dijadikan perabot serba siap (hantar rumah terus boleh letak je) ^-^! sepintas lalu, aku percaya ramai inginkan ke-mudah-an yan sedemikian namun apabila rasional memainkan peranan, ada beberapa sebabnya pelanggan digalakkan pasang sendiri perabot yang dibeli.. Ringkasnya:

  • Delivery - demi tujuan bawa pulang sendiri ke rumah, adalah lebih menjimatkan ruang apabila barangan berupa 'pek yang belum siap'. Jadi tak perlu kepada khidmat delivery oleh syarikat (iaitu mungkin perlu kepada kos serta lebih masa lagi)
  • Susun atur - apabila barangan dah sampai rumah, satu masalah juga kalau perlu mengangkat barangan siap ke posisi yang diinginkan. Kot-kot rumah bertingkat pula.. Ditambah pula baru nak adjust susun atur.. Jadi ada baiknya bagi produk belum siap ni dulu. Dah sampai baru la si pembeli fikir sendiri nanti.. ^-^!
  • Kemahiran - menariknya perabot yang begini direka agar siapa-siapa pun boleh membinanya sendiri tanpa bantuan si tukang kayu (setidaknya disediakan panduan mudah cara-cara pemasangan).
Some other stream of thought

Teringat lagi masa sekolah dulu-dulu adanya subjek kemahiran hidup serta projek kecil-kecilan membuat perabot sendiri. Aku berpendapat subjek macam ni nak mendedahkan sedikit sebanyak tentang kemahiran kerja pertukangan.. Jadi meningkat dewasa ni, ruginya kalau ilmu tersebut tak pernah dipraktikkan.. ^-^!
"Kalau sedar betapa susahnya nak pasang satu perabot, mungkin lepas ni kita akan lebih menghargai (hormat) kepada si tukang kayu yang bertungkus-lumus menyiapkan perabot-perabot selama ini. Selain itu, hendaknya kita lebih peka untuk menjaga barangan tersebut baik-baik.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)