Coretan fikiran seorang introvert. Aku tidak lantang bersuara dalam bersosial di dunia nyata mahupun sosial maya. Namun, pada setiap pengalaman aku mencoretkan fikiranku sendiri. Semoga bermanfaat buat semua
satu Qiblat yang sama
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
Huh, sibuknya kerja di jabatan perubatan (medical) ni.. ^-^! Jadi sedang-sedang sibuk berurusan dengan pelbagai pihak (pesakit dan keluarga, staf dan boss), aku curi-curi masa sikit untuk solat fardhu kat surau. Sampai-sampai kat surau, kelihatan para muslimin terdiri daripada pelbagai golongan dan pangkat (eg. Doktor, Cashier hospimart, Cleaner RadiCare, staf PPK, polis bantuan, pesakit) sedang solat berjemaah
gambar hiasan
"Menariknya melalui solat, aku berasa hanya agama Islam yang jelas menyeru bahawa setiap manusia itu adalah sama, tak kira pangkat dan kekayaan.. Walaupun di luar sana adanya pihak berpangkat tinggi like a boss, namun bila solat berjemaah siapa-siapa pun hanya sekadar muslim sesama mereka, tetap sujud ke arah satu qiblat yang sama.." ^-^
Maka sejurus aku teringatkan satu lagu nasihat berkenaan ni.. jom kita dengar-dengarkan - Rabbani Satu Qiblat yang Sama
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" (Surah Al-Hujurat 49:13)
indahnya Islam.. Subhanallah~
Some other stream of thought
solat berjemaah ni diperihalkan mempunyai pahala sebanyak 27 kali ganda.. seperti mana hadith:
'Sesungguhnya Rasulullah bersabda, Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat iaitu ganjaran'. (H.R. Bukhari & Muslim)
melalui solat berjemaah di juga sesama muslim dapat mengeratkan ukhwah serta menambah kenalan
dari aspek sains, solat berjemaah ni didapati mempunyai hikmah mengimbangi cas-cas badan.. (ada aku kongsikan dalam entri kerja-X-puasa)
namun perlunya rapat-rapatkan saf untuk pengaliran tersebut
Aku tinggal di Sarawak sejak 2007 sehingga 2012 (belajar di universiti sini) . Kemudian pulang ke rumah 3 tahun sebelum dihantar semula bertugas sini 2015 sampai mutakhir. Dah lama rupanya aku tinggal di Sarawak, sedikit demi sedikit aku belajar tentang bahasa sini. Jadi penulisan ini adalah sekadar nak berkongsi perbendaharaaan kata di Sarawak.. "Setinggi-tinggi penghormatan kepada cikgu Sarifudin Hasbullah dalam blog pendidikan beliau [ http://sarifudinhasbullah.blogspot.my/ ] atas sedikit ulangkaji penggolongan kata bahasa melayu standard (kata hubung/kata adjektif dan sebagainya) . Dan juga setinggi-tinggi perhargaan kepada semua kawan-kawan, keluarga & staf seperjuangan di bumi Sarawak yang mengajar aku sedikit sebanyak bahasa di sini." Semoga bermanfaat.. Nota - kata-kata yang TIDAK tersenarai dalam ni ada dua kemungkinan, iaitu sama ada; Perkataannya sama je dengan perkataan Bahasa Melayu Standard [ CONTOH Aku = Aku] Aku masih belum tahu lagi. ...
Teringat aku akan satu topik perbualan dengan pakcik aku suatu ketika dahulu: " Pernah dengar kisah tentang Luqman Al-Hakim (dan anaknya) dan keldai tak? ", tanyanya " Pernah, tapi dah lupa la.. Ayah Cu boleh ingatkan semula tak? ", aku menjawab -------------------------------------------< kisah mula! >------------------------------------------- ( nota - cerita ni aku tulis semula berdasarkan sumber berikut: kisah tauladan Luqman Al-hakim, anaknya dan keldai ) Luqman al-Hakim telah membawa anaknya dan seekor keldai melalui pasar tempat orang ramai. Pada mulanya, beliau menunggang keldai tersebut sementara anaknya berjalan kaki sambil mengendalikan keldai tersebut. Melihatkan keadaan tersebut, maka orang ramai berkata: "Tengok tu! Itulah orang tua yang tidak mengasihani anaknya - dia bersenang-lenang di atas keldai sedangkan anaknya bersusah-payah berjalan kaki.." Kemudian, Luqman al-Hakim meneruskan perjalanan. Kali ni beliau menaikkan...
"Hari ni adalah hari jumaat! Saiyidul Ayyam ( سيد الايام ) "Apa tu Saiyidul Ayyam?" "Aku tahu! Maksudnya 'penghulu segala ayam'" - gurau seorang rakan apabila melibatkan istilah tersebut " Bukanlah, maksud sebenarnnya adalah penghulu segala hari" Ya, terjemahan bahasa arab terhadap hari jumaat memang bermaksud demikian. Pernah terfikir tak? Kenapa hari jumaat dinamakan sedemikian sedangkan hari-hari lain dinamakan sejajar dengan bilangan 7 hari dalam seminggu iaitu ahad ( واحد satu) - isnin ( اثنان dua) - selasa ( ثلاثة tiga) - rabu ( اربعة empat) - khamis ( خمسة lima) - jumaat - sabtu ( سبعة tujuh). Penjelasannya ialah;
Ulasan