Jualan semula
"Betul ke kau nak jual kat aku harga ni?? Murah sangat ni.." - tanya seorang rakan kerjaBegitulah persoalan yang diajukan apabila aku memberi tawaran untuk jual handphone XperiaRay aku kepadanya..Setahun yang lalu aku belinya dengan harga lebih kurang RM600. Alhamdulillah, sepanjang satu tahun ni banyak kegunaannya yang aku manfaatkan.. (rujuk entri ulang tahun XperiaRay untuk lanjutan). Namun, tiba-tiba aku berasa ingin tukar handphone pulak.. Awalnya aku nak trade-in je, namun orang kedai tu suggest jangan jual pulak.. Maka dengan niatku tak nak abaikan langsung handphone lama ni, maka seeloknya aku salurkan kepada mereka yang memerlukan..
"Jadi misalnya aku ambil contoh harga handphone aku RM600 pada hari pembelian. (mengambil kira nilai handphone ni cepat jatuh harga maka aku anggarkan half-life nilainya dalam lingkungan 6 bulan..). Maka jika setahun telah berlalu, formulanya:600 / (2x2) = 150
Namun, bukanlah keuntungan yang aku ingin kecapi melalui jualan semula ni. Sebaliknya matlamat aku adalah lebih kepada untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Kawan-kawan atau sahabat handai yang aku kira tidak berkemampuan pastinya aku akan cuba jualkan dengan harga yang murah-murah (seolah-oah menggalakkan mereka memiliki barangan teknologi ni..). Tentulah, aku akan berusaha jaga barangan ni sebaik mungkin...
Some other stream of thought
- idea ini asalnya timbul ketika aku menyertai hari sukan sekolah Tingkatan 4, ada seorang ustaz ni buat jualan air minuman. Harga asal ditetapkan 50sen secawan.. Namun, sampai satu ketika ni, ada pelajar yang tak mampu beli (tinggal 20 sen je dalam dompet). Menariknya ustaz ni tak kisah pun jual harga khas 20sen kepadanya asalkan dia gembira dapat minum.. ^-^
- Pendirian ni lebih diperkukuh apabila aku menonton filem Toy Story 3. Antara persoalan yang dikemukakan;
"Bagaimanakah cara terbaik untuk melepaskan semua alat permainan kesayangan.. Dari filem tersebut, cara yang terbaik ialah mewariskan kepada mereka yang mampu memanfaatkannya.."
- Sedikit pun kau tak terasa rugi tentang jualan murah tersebut. Hal ni kerana aku dah ada mindset tentang perbelanjaan berbaloi (seperti mana entri belanja sakan?!)
Ulasan