Sempena hari konvo

Nota - Entri ni bersifat retrospektif, sempena hari konvokesyen UNIMAS pada 9 November 2013. Dalam entri ni ada 2 fokus utama..

Fokus A - Hari konvo, hari gembira buat semua ^-^ Re-post luahan diari vol11 (2012)..
Akhirnya dah sampai giliran aku dan kawan-kawan supplement untuk konvokesyen. Oleh sebab tahun lepas, habis exam supplement terus esok konvo, maka aku dan kawan senasib terpaksa sertai konvo 2013 pula.. (rujuk entri sebelum induksi untuk ulasan serba ringkas)
"Tak kisah la konvo mana-mana pun, yang pentingnya masing-masing berjaya tamatkan pelajaran dengan jayanya ^-^ 

Pada kala aku melangkah masuk berarak ke dalam dewan sidang, dapatku lihat para ibu bapa telah pun duduk di barisan tetamu yang hadir. Setiap pasangan mempunyai latar belakang yang pelbagai (dari keluarga yang elit dan berada sehinggalah yang miskin lagi sederhana), namun aku yakin tiap satunya pastinya nampak sinar kebanggaan terhadap hari berbahagia si anak masing-masing.. Melihatkan keadaan sedemikian, aku berasa sebak (terharu), apakah kejayaan si anak ni dapat membalas jasa sang ibu bapa yang susah payah membesarkan..?
semua muka ceria..
"Meanwhile deep down my heart; the one i really want to be here with me at this moment of happiness is not here anymore.." 
Walaupun sedemikian tak boleh la aku nak bersedih atas takdir yang berlaku. Apa yang boleh adalah lihat sekeliling, adanya kawan-kawan dan keluarga yang meraikan. Maka sebaiknya, let's be happy together.. ^-^!
Dari satu aspek yang lain, secara peribadinya aku berasa puas hati sebab berjaya menyapu semua geng supplement lulus dan dapat konvo pada hari ini (demikianlah niatku ketika memulakan supplement suatu masa dulu - pastika semua kawan-kawan baki ni lulus).. As a result these are all happy face that i would like to in this merry day.. Alhamdulillah" 
Seperkara lagi, aku teringat akan satu gambar nasihat yang pernah aku jumpa di laman sosial facebook, maka ingin aku kongsikannya di sini buat tatapan dan muhasabah semua..


Memang mengharukan bila aku tengok sebilangan graduan adalah dari keluarga yang biasa (walaupun anak doktor hebat), dan mereka datang meraikannya dengan pakaian yang serba biasa semata-mata untuk melihat hari gembira anak-anak.. Tapi terkadang, sedih pula bila tengok / sedar adanya protokol dan dresscode majlis yang wajib dipatuhi.. Dan paling tak best, bila si anak rasa malu dengan ibu bapa mereka berpakaian lusuh sedemikian..
"Jangan jadi si Tanggang sudah le.."
Fokus B - gambaran kehidupan universiti

main camp UNIMAS
Setelah selesai sidang graduasi, aku mengambil kesempatan untuk melawat sekitar. Terdapat pameran, ekspo dan gerai jualan sempena pesta konvokesyen tersebut.. Kebetulan keluargaku tak pernah melihat persekitaran universiti, maka sedikit sebanyak aku membawanya melihat sekeliling..
Oh ya, bukan mereka saja.. Aku juga tidak terkecuali (iaitu turut terlepas) dari gambaran kehidupan universiti. Sebelum ni, aku diperihalkan kehidupan universiti adalah sesuatu yang menarik yang mana kita berpeluang jumpa ramai kenalan dari komuniti / course yang pelbagai. Termasuklah ketika menghadiri dewan kuliah yang besar, atau ketika riadah ramai-ramai.. tentunya menarik bila berjumpa dan dapat berkongsi pengalaman masing-masing. Tapi tu la, disebabkan aku ambil kursus perubatan, maka berlakunya pengasingan dari segi tempat dan juga masa.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)