Tidur selesa~

Entri ni lebih bersifat retrospektif lagi ^-^! tak jumpa bahan sisipan yang sesuai sehingga baru-baru ni.. Jom kita mulakan dulu dengan pencetus..

-------<imbas kembali ke suatu masa>------------
"Eh, kenapa kau selalu tidur bawah (merujuk kepada ruang tamu rumah di tingkat bawah)? Tidur la kat atas tu.. Kau kan ada bilik sendiri?"
Sejak berkerjaya doktor ni, aku lebih kerap tidur di ruang tamu rumah dengan hamparan tilam sahaja, apatah lagi mutakhir ni di posting perubatan, hampir setiap hari dikatakan aku tidur di bawah saja. Tentunya keadaan tersebut menimbulkan tanda tanya kepada semua ahli keluarga aku.. (tambah lagi dengan perwatakan aku yang pendiam membuatkan segalanya serba misteri).

Akhirnya aku terjumpa satu perkongsian menarik dari Muslim's Show, yang mana aku kira boleh aku sisipkan sebagai jawapan terhadap persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya.. Jom tengok sedutan babak berikut;

راماي مڽڠکا باݢوسڽ داڤت تيدور تيلم سليسا.. بنرکه؟

---------------------------------------

Focus - Mod berjaga-jaga
Pada dasarnya aku bersetuju dengan komik ringkas tersebut. Aku tidak berniat tidur di katil sendiri yang selesa apabila aku dalam alert mode. Alert mode ni ringkasnya satu keadaan yang mana aku tak boleh berada dalam zon selesa sangat sehingga alpa akan tanggungjawabku. Misalnya;
  • apabila aku ditinggalkan sendirian. Ahli keluarga keluar berkursus / balik kampung etc. Maka tentunya aku perlu alert dan tidak leka di bilik sendiri tanpa menghiraukan keselamatan rumah..
  • bila melibatkan kerjaya, aku perlu bangun awal esok harinya untuk tujuan tertentu (pergi bekerja awal)
Maka tentulah, pada hari cuti aku kembali relax mode dan berehat selesa di bilik sendiri ^-^
سجق منديريکن رومهتڠݢا سنديري، تابيات اين ماسيه ککل دالم ديري ايايت کتيک هاري کرجا اتاو کورسوس اکو ميميله برباريڠ دصوفا سهاج اݢر لبيه برجاݢ٢

---------------------------------------------------

Pada aliran fikiran yang berbeza..
Selain itu, aku mengagumi satu contoh teladan legenda, jom kita amati dalil naqli berikut (sumber rujukan dari myIbrah);

Daripada Anas r.a, dia berkata..
“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Terharunya. Rasulullah yang mulia pun hidup secara biasa dan tak selesa.. Semoga aku (dan kawan-kawan) terus berusaha untuk mencontohi Rasulullah s.a.w

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)