HO Arc! episod 2

Kisah setakat ni..
prologue - induksi di Melaka
episod 1 - tagging 19 hari di labour room dan akhirnya offtag..

Episod 2 - Offtag! Mula bertugas (14 - 27 Januari 2013)
Tugasan rasmi bermula di wad NW15 yang mana semua kes gynaecology akan dimasukkan dalam wad ni. Paling gerun kat wad ni adalah ketika grand round dengan consultant (gynae) Dr. Haliza, yang mana HO akan kena present serta sesi soal jawab tentang pesakit / pengetahuan medic.. tekanan tinggi~ Banyak kali, dia akan marah-marah jerit sampai satu wad dengar..
Pernah sekali aku present kes tentang DM in (early) pregnancy.. Masa tu aku clerk ikut format student dulu.. skema dan panjang.. Lalu dikatanya aku tell a grandmother story depan khalayak ramai.. Down sebentar~ bila habis round semua kawan-kawan seperjuangan aku seolah-olah kagum dengan aku.. "wait, so just now that was considered a compliment??"
Dan kemudiannya mulalah sesi oncall malam. Disebabkan aku pada masa ni paling junior, maka adanya senior yang memantau serta jadi rujukan bagi isu-isu berbangkit. Oklah, takde masalah.. Tapi sayangnya, disebabkan aku masih cukup mentah, aku tak berpeluang banyak dalam gynae oncology serta operation gynae sangat...
"satu kekurangan di situ.." 
Dah nak masuk bulan Februari maka aku bertukar tempat.. Next stop: Labour room  in HO Arc! Episod 3

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)