HO Arc! Episod 12
Kisah pengalaman bekerja HO yang lalu... Prologue : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical Episod 10 : Male medical.. Episod 11 : Female medical Balik-balik dari cuti konvo, aku diberitahu bahawa asalnya aku akan bertugas di wad geriatrik NW16, tapi rakan sekerjaku dia minta aku tukar dengan dia atas sebab-sebab tertentu. Maka bermulalah episod seterusnya.. Episod 12 - SW21! 1st class challenge (11 Nov - 25 Nov) SW21 Dah mula periphery! Maksudnya jadual kerja rasmi aku seperti mana waktu pejabat (7pagi - 4 petang) setiap hari. Takde cuti mingguan, tapi hari sabtu dan ahad hanya kerja separuh hari sahaja.. Wad ni adalah wad kelas pertama, tapi berkongsi dengan pesakit dari jabatan O&G. Jadi sepatutnya memuatkan sejumlah 24 pesakit namun disebabkan berkongsi ni maka akhirnya jumlah jagaan kami adalah lebih kurang 12 orang je ^-^ Selama...