Why Muslims Fast in Ramadan?

Entri kali ni aku ingin kongsikan satu video ilustrasi menarik tentang "sebab Muslim berpuasa dalam bulan Ramadhan". Video ni adalah terbitan oleh Nouman Ali Khan, sangat menarik.. Sila tengok dan hayati..


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (surah Al-Baqarah 2:183)
Spoiler alert! video ni adalah kupasan terperinci tentang ayat tersebut..

Fokus - Bulan Ramadhan sebagai latihan
Hm, selalu bila menjelang ramadhan memang pastinya dalil tersebut disebut-sebut dalam kebanyakan. Tapi sejak menonton video sisipan ni, aku seolah-olah baru disedarkan akan hikmahnya bulan Ramadhan ni..
"Kalau dulunya aku sentiasa menganggap bulan Ramadhan ni sebagai 'bulan dugaan' (ye la, dah kena tahan diri dari macam-macam).. tapi bila tengok video ni baru la sedar; tujuan / hikmah ramadhan ni pada satu sudut adalah untuk 'training semula' selama sebulan. Dalam sepanjang tahun terleka dek hiburan dunia, bulan ramadhan datang lagi untuk latih semula diri muslim untuk mengawal nafsu supaya bila tamat ramadhan kita lebih gah menahan nafsu.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)