HO Arc! Episod 24
Nama aku Syed Hazran, seorang doktor junior di HKL . Kisah HO la ni diringkaskan menjadi seperti yang berikut.. Prologue : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9 -23 : posting medical Setakat episod yang dah berlalu ni, aku dah setahun setengah dalam perkhidmatan. Terbaru, aku menghabiskan posting di medical akhirnya setelah sejumlah 8 bulan berhempas-pulas. Alhamdulillah, tamat juga posting medical tanpa kesan personal (eg. depression / MIA etc..) dengan semua tekanan kerja di medical.. Maka selepas ni, kisah seterusnya adalah berlatarkan paediatrik pula.. Episod 24 : tagging SCN paeds (24 - 30 April 2014) Jadual kerja paediatrik tak banyak beza dengan medical dulu, cuma yang bestnya.. Shift 1 - 7pagi - 5 petang Shift 2 (extended) - 7pagi - 10malam Shift 3 (oncall malam) - terus datang malam hari je 10 malam - 12 tengah hari esok Tagging paediatrik adalah selama 5 hari...