Ada soalan?
Entri kali ni dimulai dengan komik Muslim Show versi Melayu seperti yang berikut: Kalau diperhatikan komik tersebut, digambarkan anak muda yang menghadiri sesi kuliah ilmu tersebut mengajukan pelbagai jenis soalan kepada ustaz. Dan persoalan utama yang cuba ditimbulkan dalam komik ni ialah kerisauan apabila tidak ada lagi yang bertanyakan soalan.. Fokus - tidak bertanya.. Aku perhatikan betapa fenomena ni memang sangat berlaku dalam kalangan diri dan sekeliling.. Apabila sampai pada sesi soal dan jawab, suasana sunyi dan suram pasti timbul. Hal ni tak terhad kepada sesi tazkirah / kuliah saja, bahkan ketika sesi pembelajaran pun memang kerap terjadi yang mana pelajar hanya berdiam diri apabila sesi soal jawab berlangsung.. Kalau nak rasionalkan tindakan tersebut, aku faham bahawa pihak pendengar ni bertindak cuba memendekkan sesi ilmu tersebut (dengan harapan agar dapat balik cepat meneruskan aktiviti sendiri eg. main game, internet) . Jadi perbuatan tersebut menggambarkan ...