Home library

(Entri ni bersifat retrospektif lagi ^-^! maaf aku agak tak tenang sejak kebelakangan ni..)

Beberapa hari lalu, aku cuti rehat maka sengaja jalan-jalan berseorangan.. Semestinya aku singgah di kedai buku menelaah bahan bacaan yang ada kat sana.. (seperti mana entri hobi ketika outing)
"Aku bukannya jenis ulat buku.. Malah aku lebih suka tengok movie Harry Porter berbanding dengan baca novel Harry Porter.. Misalan yang sama juga, aku lebih gemar main game Kingdom Hearts berbanding menelaah novel grafiknya.. Namun, misterinya aku tetap suka datang ke kedai buku melihat buku-buku.."
Maka lantas terlintasnya satu impian aku pada suatu masa akan datang.. Jom aku sertakan gambar hiasan ni dulu..

"Maybe one day, i'll have my own home library.. Spending my time for books in one comfortable room.."
Ya, selain kedai buku, satu lagi tempat kegemaran aku ialah perpustakaan. Antara nostalgia aku dengan perpustakaan ialah..

Sekolah rendah
  • Darjah 1: tak tahu pasal perpustakaan sangat. Lupa ^-^!
  • Darjah 2-5: Masa ni perpustakaan ni blok sekolah menengah. Besar dan cantik. Tapi tak berani pergi santai-santai takut terlepas jadual waktu sekolah 
  • Darjah 6: aku dilantik jadi ketua pustakawan. Tapi banyak habis masa rehat duduk susun buku je. Masa ni Perpustakaan dah pindah ke blok sekolah rendah. Kecil (sebesar saiz 1 kelas je)
Sekolah menengah (ada pusat sumber sebesar saiz 3 kelas)
Tingkatan 1-2: Hari Khamis takde kelas menanti, jadi slot itu aku guna pergi pustaka baca-baca. Masa rehat petang pernah cuba tapi selalu tak sempat sebab 10 minit je. Perpustakaan tingkat paling atas, nak berkejar ke dewan terbuka selalu tak sempat. 
Tingkatan 3: takde kenangan di pustaka
Tingkatan 4-5: takde kenangan di pustaka. Kelas pun jarang buat di pustaka. Habis sekolah dah pukul 230pm, tak pasti buka atau pun tak. SBP selalu sibuk dengan kerja rumah 

Matrikulasi ada perpustakaan 2 tingkat.
- masa belajar banyak digunakan buat kerja rumah kat tingkat atas. 
- Tapi yang paling seronok ialah aku ingat lagi sehabis ujian akhir matrikulasi sem 2 di KMPK, tatkala orang ramai menikmati tamat periksa pergii main/outing/dating, aku habiskan masa-masa akhir aku singgah dan jelajah pustaka..  Cuma masa ni, staf nak kemas-kemas penutupan pustaka (sebab nak habis batch aku, tunggu masuk batch baru pula)

Universiti ada 3 perpustakaan. Satu CAIS di kampus utama, satu lagi kampus Perubatan. Satu lagi di Sibu
  • Tahun 1-2 di Lot 77: kampus perubatan banyak buku perubatan je. Datang untuk studi akademik pada kebanyakan masa. 
  • Tahun 3 di Sibu: selalu lari ke pustaka mini ILF malam-malam untuk studi. Lagi sekali, otak sering kena fikir topik belajar dulu. Siang ada pustaka mini di hospital. Pun datang sebab nak prepare topik BST. 
  • Tahun 4-5 di Lot 77: sama macam tahun 1-2. Cuma kadang-kadang ada BST di hospital singgah pustaka hospital baca-baca
Perkara yang sama juga berlaku ketika aku tamat ujian akhir final professional UNIMAS, aku mengambil kesempatan untuk explore library CAIS UNIMAS habis-habisan sempena grad (nota - disebabkan library CAIS ni terletak di kampus utama samarahan, sementara kolej perubatan aku jauh di bandar Kuching. Maka dalam 5 tahun ni aku tak pernah jejak dalam sana..). Tambah-tambah pula, kalau datang library masa studi ada pressure (eg kena siapkan assignment / exam dll. Maka tak enjoy datang library..)
"someday, insya-allah.."
Zaman kerja
HO di HKL ada pustaka staf di blok utama. Yang ada masa datang sini masa posting surgical sahaja, dan ortho sahaja. Satu lagi posting ETD, tapi sebab posting ETD langsung takde cuti, jadi masa lapang aku balik rumah je.

- kerja MO di Sarawak. Masa di PJHUS tak pergi perpustakaan pun. Tapi lepas pindah ke Kuching sempat la juga datang santai ke pustaka DBKU dan pustaka negeri.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)