[Entri ni sempena ulang tahun pertama pemilikan motosikal impian aku.. ^-^! dah berlalu lebih seminggu dari tarikh entri, tapi takpe la..] " Ulang tahun pertama. Alhamdulillah.. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!" [Surah. Az-Zukhruf 43: Ayat 13-14] Alhamdulillah dan terima kasih atas segala kemudahan.. Semoga nikmat ini berpanjangan lagi.. " - post dari facebook bertarikh 31 Januari 2016 Fokus - motosikal sebagai kenderaan utama.. Sejak entri dahulu kala transport ke tempat kerja , dah lebih 3 tahun dah. Berbekalkan wang gaji yang pernah dikumpul, maka aku memilih motosikal sebagai kenderaan utama di tempat kerja ^-^! "Kau pakai motor (motosikal) lagi ke? Dah jadi doktor pun masih naik motor..??" "Jadi doktor kenalah ranggi sikit ; kereta elegan , pakaian smart.. Ini tak, naik motor je apa cerita??...