Keturunan Rasulullah
Bismillah.. Idea untuk entri kali ni timbul ketika mana aku mengharungi perkongsian di media sosial yang aku parkir pada page sendiri..
Artikel sebenar --> Daily Pakistan Global / Is the Queen Elizabeth from the Spanish-Muslim descendant of the Holy Prophet (pbuh)?
(spoiler alert! - Artikel ini berkenaan tentang salasilah Queen Elizabeth (Ratu UK) yang mana apabila diperdalami adalah waris keturunan Rasulullah s.a.w. Satu penemuan yang menakjubkan apabila ahli kajian genealogi berjaya menghubungkan generasi Ratu Elizabeth sampai la kepada Rasulullah sendiri..)
Teringat aku akan satu hadith popular yang sering didengari kalau berkata tentang memilih jodoh..
-----
Teringatku akan satu perjalanan ke Pontianak Indonesia yang aku dan kawan-kawan adakan awal tahun 2016 ni. Salah satu tempat ziarah kami adalah ke Masjid Jami Al-Kadariah..
----
Episod lain pula, pernahku terdengar bahawa generasi Syed di sebelah Perak juga merupakan waris keturunan Rasulullah s.a.w (isi sampingan entri blog sendiri biodata nabi muhammad) atau artikel Wikipedia / House of Jamalulail..
----
Namun, yang paling penting mengatasi segalanya, ialah bukanlah satu kebanggaan kalau kita adalah waris keturunan Rasulullah s.a.w namun akhlak terbaik Baginda tidak menjadi ikutan kita..
Wallahu a'lam..

"Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana (1) hartanya, (2) keturunannya (3) kecantikannya, dan kerana (4) agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)Aku tertarik pada persoalan keturunan dalam hadith tersebut. (Kalau berkenaan harta dan paras rupa sangat senang untuk faham huraian hadith tersebut, tetapi) berkenaan keturunan macam mana pula nak kaitkan keturunan boleh membawa kebahagiaan?
"Mungkin ada yang membahaskan isi keturunan lebih kepada perihal budaya keturunan (misalnya keturunan yang kaya raya mungkin telah pun mendidik watak seseorang membudayakan pembaziran atau macam-macam contoh lain lagi..), sementara dari aspek sains kesihatan, faktor keturunan adalah penting dalam membentuk fenotaip/genetik yang berdaya tahan terhadap penyakit tertentu.."Walau bagaimana pun, persoalan tersebut membuatkan aku tertarik untuk mengkaji salasilah (setidaknya) keluarga aku dalam projek salasilah
-----
Teringatku akan satu perjalanan ke Pontianak Indonesia yang aku dan kawan-kawan adakan awal tahun 2016 ni. Salah satu tempat ziarah kami adalah ke Masjid Jami Al-Kadariah..
"Antaranya terdapat lagi kisah berkenaan keturunan Rasulullah yang berhijrah ke kepulauan Borneo sini, juga cukup menarik minat aku untuk mengetahui tentangnya.."[gambar - salasilah keturunan Rasulullah yang berhijrah ke kepulauan Borneo.. aku nak baca dan salin tapi tulisan khat jawi pulak. Maka, aku ambil gambar dulu nanti baca..]
----
Episod lain pula, pernahku terdengar bahawa generasi Syed di sebelah Perak juga merupakan waris keturunan Rasulullah s.a.w (isi sampingan entri blog sendiri biodata nabi muhammad) atau artikel Wikipedia / House of Jamalulail..
----
Namun, yang paling penting mengatasi segalanya, ialah bukanlah satu kebanggaan kalau kita adalah waris keturunan Rasulullah s.a.w namun akhlak terbaik Baginda tidak menjadi ikutan kita..
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". Surah Al-Ahzab : Ayat 21Dalam pada lain, teringat aku akan satu hasil bacaan entah dari mana (hadith? buku? website?) bahawa Rasulullah ingin berbangga kepada para Rasul yang lain berkenaan 'ahli'nya (sebilangan mentafsirkan ahli sebagai keturunannya yang ramai, manakala sebahagian mendakwa ahli merujuk kepada 'umat') yang paling ramai berbanding para Nabi yang lain..
Wallahu a'lam..
Ulasan