Epilog Ramadhan 1437H
Bismillah..
Alhamdulillah, habis juga puasa Ramadhan tahun (1437H) ni. Ramadhan kali sedikit berbeza disebabkan aku sudah berumah tangga.. Tak seperti yang terdahulu, aku sentiasa menyediakan checklist / mutaba'ah amalan menjelang ramadhan (boleh rujuk entri blog sendiri epilog ramadhan 1434H sebagai contoh). Namun, kesan usaha 4 tahun lebih 'budaya' tersebut setidaknya memberikan idea amalan Ramadhan at the back of my mind.
Maka epilog Ramadhan kali ni adalah seperti berikut:
Alhamdulillah, habis juga puasa Ramadhan tahun (1437H) ni. Ramadhan kali sedikit berbeza disebabkan aku sudah berumah tangga.. Tak seperti yang terdahulu, aku sentiasa menyediakan checklist / mutaba'ah amalan menjelang ramadhan (boleh rujuk entri blog sendiri epilog ramadhan 1434H sebagai contoh). Namun, kesan usaha 4 tahun lebih 'budaya' tersebut setidaknya memberikan idea amalan Ramadhan at the back of my mind.
Maka epilog Ramadhan kali ni adalah seperti berikut:
- Al-Mat'hurat - Ok, langsung lupa pasal al-mathurat sebagai salah satu ibadah dalam Ramadhan (v_v astagfirullah)
- Solat dhuha - pun langsung tak teringat kali ni
- Qiamulail - berjaya la jugak beberapa malam Ramadhan. Alhamdulillah berkat isteri yang kejutkan sahur awal. Ada masanya tertidur dulu, baru bangun solat malam (isyak + tarawikh). Kalau mengikut definisi qiamullail, kena la maksudnya kan..
"Namun, ada yang berpendapat bahawa solat tarawikh itu sendiri sudah dianggap sebagai Qiamulail. Aku tak tahu tentang ini. Wallahu a'lam. Dan aku tak mahu berharap, sebaliknya aku mahu berusaha kejarkan pahala Qiamulail.."
- Tadarus* (aku faham *istilah ni maksudnya mempelajari makna dan asal usul) Al-Quran - alhamdulillah. Sejak kehadiran isteri, aku mengadakan sesi tadarus al-Quran seusai solat subuh dan/atau maghrib.
"Teringat time sekolah SBP dulu, adanya sesi tadarus al-Quran selepas Subuh.. nostalgia skit.."
"Alhamdulillah, mas kahwin Al-Quran dimanfaatkan sebegini rupa.."
- Tilawah Al-Quran - Astagfirullah v_v cabaran khatam al-Quran sebulan seperti tahun lalu (entri sendiri syawal 1436H) tak berjaya kali ni. Terkandas pada saat akhir..
- Sahur - alhamdulillah perfect 30 hari. Dan sejak berkahwin ni, aku tidak lagi sahur ringkas (minum air / makan kurma) je..
- Tarawikh - 4 hari aku missed. 3 hari sebab oncall. 1 hari sebab travel pulang ke KL untuk beraya..
"Seperkara lagi, sejak berkahwin ni prioriti utama aku tarawikh ialah memastikan isteri aku turut sama meraih pahala tarawikh berjemaah (sebab tak biasa kawasan masjid di rumah sewa samarindah, maka aku banyak kali memilih untuk tarawikh berdua je di rumah). tidak lagi menjadi weekend masjid hopper macam dulu..
- Solat berjemaah - alhamdulillah. Banyak kali solat fardhu berjemaah bersama isteri bila tiba waktunya. Dalam sehari setidaknya 4 waktu pasti akan berjemaah..
Baik, demikianlah baseline prestasi aku yang berstatus berkahwin kali ni.. Semoga dipertemu lagi ramadhan tahun depan..
"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman "Kecuali Berpuasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim) - entri sendiri Bonus RamadhanNext up, entri raya pula.. (to be continued)
Ulasan