[Resipi] Kari Ayam gaya-Mamak
Catatan kemaskini 22.3.2019 - tukar tajuk menjadi lebih relevan [Resipi] Kari Ayam gaya-mamak Dari sampai siri keempat rupanya entri memasak ni.. ^-^ tak tersangka pula.. "Sejak berkahwin, isteriku sentiasa menyediakan makanan untuk aku, banyak masakannya yang sedap-sedap.. Namun, ada masa-masanya aku kena berlatih memasak sendiri juga .. " Semak semula entri Memasak tentang pengenalan kepentingan memasak "kalau kita sediakan makanan untuk seseorang, dia akan dapat makan untuk sehari (iaitu hari yang sama makanan disediakan) , tapi kalau kita ajar dia menyediakan makanan (memasak) , dia akan dapat makan sepanjang hidupnya" ^-^ Resipi seterusnya adalah.. Menu : Kari Ayam Tak ingat sangat nak masak macam mana, jadi aku ikut je panduan yang tertulis di belakang pek serbuk kari ni je.. Tumbuk bawang merah dan bawang putih - Aku guna 4-5 biji bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih je.. Perahkan air asam jawa ke dalam hasil tumbuk - ni aku guna ...