[Asrama] Cari orang
"Boleh minta tolong tak? Saya tengah cari adik saya yang belajar di sekolah ni. Dia dari rumah Merah 5 kalau tak silap.. Boleh tolong saya panggil dia tak ?" - tanya encik W yang sedang menunggu di kantin (ibu bapa / penjaga tidak boleh masuk asrama, hanya boleh tunggu di kantin sahaja) Antara satu adegan yang selalu berlaku kalau di sekolah berasrama pada hujung minggu (ibu bapa datang melawat anaknya di asrama..) "Boleh.. boleh, nanti saya panggilkan. ." - balasnya sambil berlalu pergi.. " (Wah bagusnya anak muda ni.. walaupun generasi makin berteknologi tapi rupanya masih ada akhlak mulia macam ni lagi dalam jiwa anak-anak..) " - sambil tunggu penuh berharap.. Aku turut menunggu untuk melihatkan epilog adegan tersebut. Namun, selang beberapa masa masih belum lagi diketemukan antara dua-dua pihak ni.. " (Mana pulak budak ni? Cari-cari tak jumpa lagi ke?) " - tanyaku bermonolog dalaman naif.. Namun, rupanya anak muda itu tidak berus...