Terima kasih Vs Minta Maaf
Nota - dah lama cari baru jumpa 'gambar nasihat' ni kat media sosial facebook.. Jom aku tambahi dengan satu contoh dalam situasi kehidupan [sebab takde idea lain, maka sengaja aku pinjam dari entri lama tolong orang suatu masa lalu, untuk perbincangan ini, sila abaikan siapa adalah watak siapa]
Trigger! (apakah ucapan yang sesuai diucapkan kepada seseorang dah menolong kau seperti yang diminta suatu masa tak lama... apabila dah berjumpa semula?)
(a) terima kasih ye sebab tolong aku hari tu
(b) eh maaf tau susahkan kau tempoh hari..
Berdasarkan perwatakan aku, aku selalu memilih pilihan (b) sebab aku tahu aku dah susahkan seseorang melalui minta tolong tersebut..
Illustrasi ini telah menyedarkan aku betapa dua respons berbeza terhadap dua ucapan tersebut. Yang mana, apabila kita berterima kasih kepada seseorang, dia akan memberikan respon yang baik dan menyenangkan (nampak 'ikhlas' dalam pengorbanannya). Sebaliknya, kalau meminta maaf kepadanya, dia akan turut memberi respons yang tidak menyenangkan (seolah-olah mengiyakan apa sahaja tanggapan kita)..
"Kau (shif) S1 hari ni, kan? Aku nak minta tolong kau ganti aku (shif) S2 hari ni, boleh tak? Aku ada assessment esok la, takut takde masa nak studi nanti.."Maka adegan tolong itu pun berlalu, sampai epilog situasi tersebut..
Trigger! (apakah ucapan yang sesuai diucapkan kepada seseorang dah menolong kau seperti yang diminta suatu masa tak lama... apabila dah berjumpa semula?)
(a) terima kasih ye sebab tolong aku hari tu
(b) eh maaf tau susahkan kau tempoh hari..
Berdasarkan perwatakan aku, aku selalu memilih pilihan (b) sebab aku tahu aku dah susahkan seseorang melalui minta tolong tersebut..
"Agaknya mesti jadual dia terganggu sebab nak tolong aku punya pasal.."Atau begitulah anggapan aku.. Sehinggalah apabila aku jumpa 'gambar nasihat' ni.. Semoga dapat dijadikan rujukan pada situasi akan datang..
Ulasan