Hyperem
Aku ambil EL (emergency leave = cuti kecemasan) hari ni. Perihalnya isteri aku teruk muntah-muntah sampai tak bermaya. Maka tugasku untuk membawanya pergi check up (kebetulan appointment hari ni) dan serta pastikan setidaknya dia tak keseorangan dalam detik-detik payah ni..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bawanya ke klinik untuk pemeriksaan. Terus pula bawa ke hospital untuk rawatan lanjutan. Nampaknya isteriku dehydrated (faham sebagai 'kurang air') dan perlukan hydration secara agressif. Maka terlantarlah dia di bahagian kecemasan sana untuk pemerhatian.. Sampai malam sudahnya terlantar sana sebelum keadaannya menjadi semakin bagus lalu dibenarkan pulang..
"Kali pertama aku ambil EL sejak dah hampir 4 tahun berkhidmat.."Sebelum cerita halnya, mari kita imbas kembali sebentar.. sejak 2 minggu yang lalu, alhamdulillah isteriku disahkan mengandung. Impressi pertamanya ialah dah lama tak datang haid (walaupun haidnya tak tentu, tapi kali ni lamanya yang tak terjangka). Dan kemudiannya bila dibuat ujian air kencing, telah dibuktikan positif beberapa kali.. Memang impiannya untuk dapat cahaya mata sejak berkahwin. Sungguhpun aku turut bergembira, di sebalik kotak fikiranku teringat akan satu dalil..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan yang demikian)bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Aku jua tempat kembali untuk menerima balasan" (Surah Luqman 31:14)"--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Seronok la tu mengandung, tapi takpe ke? Sebab lepas ni pelbagai kesusahan / cabaran mengandung yang mendatang.." - tanyaku (berbekalkan dalil tersebut).Mengandung bukanlah satu penyakit sebenarnya, tetapi hanyalah satu proses fisiologi badan. Namun, komplikasi / akibat yang timbul daripada proses tersebut adalah 'kesusahan/ kelemahan' yang bakal ditanggung oleh si ibu sepanjang tempoh kandungan tersebut.. Antaranya yang aku khuatiri sejak permulaan ialah..
Hyperemesis gravidarumBoleh difahamkan sebagai muntah yang melampau, atau morning sickness yang tiada kesudahannya sepanjang masa.. Sehingga pada satu tahap, sehingga lemah longlai sebab tak lalu makan/ minum.. Maka terlintaslah niat ku untuk mengambil EL untuk menguruskan isteri serta kerja-kerja rumah sikit.
Bawanya ke klinik untuk pemeriksaan. Terus pula bawa ke hospital untuk rawatan lanjutan. Nampaknya isteriku dehydrated (faham sebagai 'kurang air') dan perlukan hydration secara agressif. Maka terlantarlah dia di bahagian kecemasan sana untuk pemerhatian.. Sampai malam sudahnya terlantar sana sebelum keadaannya menjadi semakin bagus lalu dibenarkan pulang..
"Pada pengakhiran hari ni, daripada keadaan awalnya lemah tak bermaya setidaknya dah kembali ceria dan berselera sedikit.. That's a good relief for me at the very least.. But i will have to expect this to recur some time again soon.. Please be strong~ This journey is still a long way to go, but i will be there for you.."
"Pada satu sudut lain, semakin kuat niatku untuk beritahu pada si anak kelak agar dia menghargai jasa ibu dek susah & jerih payahnya mengandungkan anak ni.. Odei Anak.."(P/S - kalau begitu mengharapkan entri ini bersifat ilmiah tentang hyperemesis gravidarum, maaflah ya ^-^! banyak lagi laman web yang lebih valid & legit untuk membincangkan tentang hal tersebut)
Ulasan