[Asrama] Cari orang

"Boleh minta tolong tak? Saya tengah cari adik saya yang belajar di sekolah ni. Dia dari rumah Merah 5 kalau tak silap.. Boleh tolong saya panggil dia tak?" - tanya encik W yang sedang menunggu di kantin (ibu bapa / penjaga tidak boleh masuk asrama, hanya boleh tunggu di kantin sahaja)
Antara satu adegan yang selalu berlaku kalau di sekolah berasrama pada hujung minggu (ibu bapa datang melawat anaknya di asrama..)
"Boleh.. boleh, nanti saya panggilkan.." - balasnya sambil berlalu pergi.. 
"(Wah bagusnya anak muda ni.. walaupun generasi makin berteknologi tapi rupanya masih ada akhlak mulia macam ni lagi dalam jiwa anak-anak..)" - sambil tunggu penuh berharap.. 
Aku turut menunggu untuk melihatkan epilog adegan tersebut. Namun, selang beberapa masa masih belum lagi diketemukan antara dua-dua pihak ni..
"(Mana pulak budak ni? Cari-cari tak jumpa lagi ke?)" - tanyaku bermonolog dalaman naif..
Namun, rupanya anak muda itu tidak berusaha untuk mencari pun. Sebaliknya apa yang dilakukannya ialah berpura-pura masuk simpang dan kembali semula ke kantin melalui jalan yang lain dan meneruskan aktiviti sendiri tanpa memberi maklumbalas kepada encik W tadi.. Kesian pula melihatkan Encik W ni. Malahan budak ini mundar-mandir keluar masuk kantin sambil mengelak laluan encik W (agar tidak bertemu) sambil membiarkannya tertunggu-tunggu..

---------------------------------------------imbas kembali-----------------------------------------------------------

Teringat zamanku dulu, memang wujudnya adegan sebegini pada acapkali hujung minggu. Di sekolahku terdapat sistem PA yang membolehkan pengumuman dilakukan untuk memberitahu pelajar sekiranya ibu bapa sedang menunggu..

Tapi masih banyak ibu bapa (termasuk ibu bapa aku) memilih untuk tidak umum melalui sistem PA. Sebaliknya, Ayah/ Wan sering minta budak asrama secara rawak agar pergi ke bilik aku untuk panggil aku. Dan banyak ibu bapa lain juga begitu.. bila aku singgah kantin je, pasti ada yang minta tolong aku cari orang..
"Dalam siri Wanted! ada 2 kali (Episod 18 & 92) aku sentuh tentang persoalan ini - fenomena ibu bapa yang datang untuk melawat anak (tapi si anak ni tak perasan kot, jadi tak turun-turun lagi), pada satu aspek adanya kawan yang tinggal berjauhan (ibu bapa tak mampu nak datang melawat sebab jauh) jadi berusaha sedaya upaya untuk menyatukan dua golongan ibu bapa dan anak ini. Dan aku juga turut terkesan sampai cari la orang yang aku kenal sampai ke bilik air / kelas / ampaian sekali pun.. Dan aku juga tak habis sampai "eh mak ko tunggu kat bawah" setakat tu je.. Malahan, dibawanya agar betul-betul jumpa ibu bapa masing-masing.. 
"Dan dalam ramai-ramai kawan aku tu, hanya 2 orang je yang buatku terharu sebab berterima kasih kat aku.." 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sama ada setiap orang tak sama sejarah dan didikan masing-masing.. ataupun aku je yang masih naif lagi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)