Tunang (lagi)..
12 Disember 2016 adalah hari besar seorang lagi ahli keluarga aku - Abang Chik kini mengorak langkah pertama ke alam rumah tangga. Tapi episod kali bertunang dulu ^-^! insya-allah dipanjangkan jodoh ke alam perkahwinan bila sampai masanya..
Persediaan menghadapi hari-hari ni tak ubah macam masaku yang lalu. Cuma peranan masing-masing dah bertukar. (cepatnya masa dah berlalu ^-^!) Aku pula yang memandu bawa saudara-mara / tolong bawa hantaran / berjumpa dengan tuan rumah kali ni..
Fokus - kahwin doktor?!
-------------------[post asal oleh Naqeb Sulaiman di media sosial facebook bertarikh 15.7.2016]---------
-------------------------------------------------[post tamat di sini]--------------------------------------------------
Tentulah, intipati penulisan tersebut juga merujuk kepada kehidupan aku sendiri disebabkan aku berkerjaya yang sama.. Maka dengan ini aku ingin meminta lagu..
Fokus B - [lagu] Hazama:Malaikat
Fokus - kahwin doktor?!
"Diperihalkan tunang Abang Chik adalah berkerjaya doktor di sebuah hospital besar.."Teringat aku akan satu perkongsian yang pernah aku jumpa di laman sosial. Maka aku ingin sekali kongsikannya di sini pula..
-------------------[post asal oleh Naqeb Sulaiman di media sosial facebook bertarikh 15.7.2016]---------
Kahwin Doktor?
Ada beberapa orang kawan tanya pendapat tentang perkahwinan sesama doktor. Ada juga yang bukan doktor bertanya perihal cabaran mengahwini seorang doktor.
Saya tersenyum mendengar soalannya.
Saya bukanlah orang yang layak untuk menulis soal perkahwinan melibatkan kerjaya seorang doktor. Usia perkahwinan yang bakal menjangkau 3 tahun pada bulan September ini bagi saya sangatlah muda. Namun, Alhamdulillah, sedar tak sedar, kami telah lalui perjalanan meniti perkahwinan sebelum masuk alam housemanship, bergelar ibu dan bapa semasa di alam housemanship dan kini telah bergelar medical officer.
Saya bukanlah orang yang layak untuk menulis soal perkahwinan melibatkan kerjaya seorang doktor. Usia perkahwinan yang bakal menjangkau 3 tahun pada bulan September ini bagi saya sangatlah muda. Namun, Alhamdulillah, sedar tak sedar, kami telah lalui perjalanan meniti perkahwinan sebelum masuk alam housemanship, bergelar ibu dan bapa semasa di alam housemanship dan kini telah bergelar medical officer.
Saya senaraikan beberapa cabaran/asam garam buat pasangan bergelar doktor yang telah dilalui dulu oleh orang-orang lebih berpengalaman, yang baru dilalui sedikit oleh saya, dan akan juga dilalui oleh sahabat-sahabat yang bakal bergelar pegawai perubatan.
1. Berumah tangga di hospital.
Buat pasangan yang kahwin sebelum dan semasa houseman, lebih separuh masa kalian adalah di hospital. Matahari belum terbit, kalian sudah terpacak di hospital. Malam sudah gelap, baru kalian pulang. Kalau nasib baik dapat hospital yang sama, kalian boleh dating sekejap di cafe jika punya masa. Kalau berlainan hospital, terpaksalah kalian berjuang mencuri masa untuk berjumpa menghidupkan momen berumah tangga.
Alhamdulillah saya dan isteri ditempatkan di hospital yang sama. Awal 2 bulan pertama memang membina rumah tangga di hospital, menyewa asrama bilik sebelah menyebelah. Awal tagging posting pertama saling menunggu untuk balik bersama meskipun jam sudah menunjuk angka 12 malam lamanya.
Alhamdulillah, kini bertugas sebagai MO juga di hospital yang sama.
Alhamdulillah, kini bertugas sebagai MO juga di hospital yang sama.
2. Waktu kerja yang panjang : Oncall ( MO ) dan sistem shift ( HO )
Menjadi seorang HO akan melalui fasa dua tahun melalui sistem shift berkerja. Jadual yang menuntut untuk banyak masa di habiskan di hospital. Apabila sudah bergelar MO, cabaran berubah pula kepada sistem Oncall ( 33 jam ), ini bagi yang bekerja di jabatan yang memerlukan sistem oncall. Hujung minggu tidak menjamin untuk bercuti ke sana ke mari, pulang ke kampung hadir kenduri.
Jika suami atau isteri bukan seorang doktor, anda harus memahami pasangan anda tidak seperti kakitangan yang bekerja mengikut waktu pejabat. Boleh jadi anda belum bangun tidur, pasangan sudah keluar rumah, dan anda sudah tidur, pasangan masih berdiri berhadapan dengan puluhan pesakit di wad. Anda harus bersedia untuk beraya berseorangan bersama anak-anak jika pasangan harus bertugas di hari raya.
Jika kedua-dua adalah doktor, boleh jadi ia adalah bonus untuk memahami antara satu sama lain. Namun, cabaran lebih besar untuk menyusun jadual agar dapat mencuri masa berada di rumah bersama, melayani anak-anak agar tidak terasa mengapa ayah dan ibu mereka seperti biskut, sekejap ada sekejap tiada.
3. Memahami tuntutan kerja dan tanggungjawab keluarga
Menjadi seorang doktor yang sibuk di hospital tidak bermakna tanggungjawab asas sebagai suami/isteri/ibu bapa diabaikan. Namun hakikat, kesibukan sering kali melimitasi kemampuan untuk memenuhi tuntutan. Ada sahaja yang terpaksa bekerja merawat orang lain sedang anak juga ibu bapa sendiri terlantar sakit di hospital.
Bab mengurus rumah tangga, yang bergelar suami jangan meletakan mind setting berkahwin untuk menikmati erti bergelar suami, mahu disiapkan serba serbi, sarapan pagi, makan malam tengah hari, baju digosok tinggal sarung di badan sendiri. Tidak dinafikan semua isteri pasti berusaha sebaik mampu, namun pasti akan ada keterbatasan waktu yang akan melimitasi, seperti terpaksa pulang lewat malam ( walhal waktu kerja habis petang ) disebabkan pesakit yang tidak stabil dan ramai. Oleh itu letakan azam berkahwin untuk memberi, lalu tangan akan mula memesrai periuk kuali, baju bertimbun tidak janggal dicuci, isteri balik disambut mesra dengan aroma masakan mewangi ( meskipun tengok resepi di fb ).
Cukup sekadar tiga point dahulu untuk dikongsi. Hakikatnya, dengan sesiapa sekalipun kita berkahwin, kita harus akui kita berkahwin dengan seorang manusia, iaitu lelaki dan perempuan, yang punyai sifat-sifat kelebihan dan kekurangan. Cuma yang membezakan pasangan rumah tangga adalah bentuk cabaran yang harus dilalui berdasarkan faktor-faktor tertentu, antaranya kerjaya.
Hakikatnya perkahwinan bukanlah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan menjemput mawaddah dan rahmah. Bergelar seorang doktor hanya sebagai picisan tanggungjawab sebagai khalifah, yang menuntut kesedaran untuk menjadikan kerjaya itu sebagai ibadah.
Selamat bercinta !-------------------------------------------------[post tamat di sini]--------------------------------------------------
Tentulah, intipati penulisan tersebut juga merujuk kepada kehidupan aku sendiri disebabkan aku berkerjaya yang sama.. Maka dengan ini aku ingin meminta lagu..
Fokus B - [lagu] Hazama:Malaikat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik kepada Abang Chik sebagai watak fokus kali ni..
"Aku mohon kepada Allah agar abang aku ni dikurniakan pasangan yang solehah, mampu menjaga Abang Chik. Dia dah banyak berkorban untuk adik-beradiknya yang lalu pada masa silamnya.. Tolonglah, jaga abang chik baik-baik & jangan lukakan hati dan perasaannya, serta bantulah & sokonglah apa saja perkara baik-baik yang dia cuba lakukan.Andainya dia terpesong pada satu masa (na'uzubillah), tolonglah, kembalikan dia kepada kebaikan. Berikan dia kebahagiaan hidup di dunia & akhirat.. "Walaupun aku dah berkeluarga dan menghala ke arah kehidupan sendiri, namun, aku tetap adik kepada Abang Chik.
"Thank you for always being there for me.. This time, may Allah bestow you with His blessing for your happiness.." - epilog bagi entri interesting brotherhood (part 1)
Ulasan