Homebaker
Entri ini adalah bersempena laman promosi ChocoChip . Mungkin suatu masa nanti aku tertanya-tanya kembali bilakah bermulanya semua ini. Jadi ini menjadi catatan diari tentang saat langkah pertama.. Pada satu hari ni, ketika pulang dari kerja. Buka pintu rumah tiba-tiba aku terbau kuih bakar yang wangi.. kelihatan isteri sedang membakar kuih coklat cip ala famous amos di atas dapur api secara teknik pengewapan.. "Rawak betul idea dia (isteri) tiba-tiba bakar kuih pula? Mungkin ke dia (isteri) teringat aku pernah tulis entri blog resipi pasal ni (rujuk entri memasak (3) ) ke? " - fikirku Nota - sebelum berkahwin, aku pernah meminta isteri agar meneliti entri-entri di blog aku ini untuk dia lebih mengenali aku. Jadi mungkin sekali-sekala dia (isteri) rujuk mana-mana entri/topik yang berkaitan. " Nak beli oven boleh tak? " - pintanya beberapa hari selepas kejadian tersebut.. Aku tahu isteri suka memasak. Dan dia memang pandai memasak. semua masakan d...