Jawi Phonetic Keyboard
Baru-baru ini aku disapa oleh seseorang di laman Facebook, halnya kerana beliau sedar bahawa aku menggunakan tulisan jawi sedikit sebanyak dalam penulisan blog ini. Jadi dengan itu, beliau memperkenalkan satu perisian (software) tentang papan kekunci jawi yang baru untuk dicuba. Terdahulu dalam karangan Panduan Setting Tulisan Jawi di Komputer (Windows 10) dan Telefon Pintar (Android) , aku berkongsi cara-cara untuk menetapkan (setting) tulisan jawi di komputer & telefon pintar. "Cuma timbul sedikit masalah untuk sistem komputer, iaitu susunan huruf-huruf jawi/arab adalah tetap (fixed) . Jadi bagi yang tidak biasa dengan papan kekunci huruf hijaiyah ini, perlukan sedikit usaha untuk hafal susunan huruf (iaitu nak ingat di mana posisi huruf ث, ظ, ض,ش bila diperlukan) . Alternatif lain ialah, perlu menampal label jawi bagi pengguna tegar jawi.. Tapi setakat ini aku hafal dan rujuk sahaja.." Sehinggalah beliau menyapa aku dan memperkenal satu perisian papan kekunci jaw...