Scam oleh SOCAR?

Entri ini hanyalah sedikit curahan hati tentang aku menjadi mangsa 'scam' aplikasi SOCAR (sewa kereta ala layan diri) yang semakin giat dilaksanakan terutamanya di Semenanjung.

"Sedikit makluman awal. aku baru berpindah pulang ke Semenanjung sejak hampir 6 tahun lamanya berkhidmat di Sarawak. Semasa penulisan ini, aku masih menunggu kereta sendiri untuk dihantar ke Semenanjung (dengan kata lain, kereta sendiri belum sampai)"

Jadi dah sampai KL, aku mempunyai tempat kediaman sendiri. Tapi macam mana nak bergerak? Di tempat kediaman aku ni..

  • MyCar (e-hailing) - tiada servis di kawasan liputan aku
  • Grab (e-hailing) - ada tapi tak banyak yang 'sudi' (permohonan ditolak oleh pemandu)
  • Teksi - tak pernah nampak teksi masuk sini pagi hari. Macam mana nak tahan teksi
  • Kereta sewa - untuk tempoh terdekat ini, kontak (contact) aku belum sedia ada untuk disewakan  [tak available]
Maka sampailah aku ke pilihan SOCAR (satu aplikasi telefon pintar). Kereta Sewa ala layan diri juga la. Tengok peta app untuk tengok lokasi kereta. Pergi ke tempat yang dikhaskan. Tempah & bayar melalui aplikasi. Maka telefon anda boleh berfungsi membuka kunci (unlock) kereta SOCAR tersebut. Anda boleh memandu setakat tempoh yang anda persetujui (harga dah ditetapkan). 

"Aku pernah guna beberapa kali sebelum ni. Nak kata mahir 100% tu tidaklah.."

Maka di sinilah cerita aku..

Tengok-tengok aplikasi, rupanya ada kereta SOCAR yang sedia untuk disewa di residensi sebelah. Takde hal. Boleh saja jalan ke kediaman sebelah untuk ambil kereta. Kediaman ini ada sistem kawalan yang baik. Masuk kena daftar di pondok pengawal (walaupun pejalan kaki). Kena serah (tunjuk lesen) serta nyatakan SOCAR (nombor plat) yang telah ditetapkan. 

Lepas masuk, aku agak mundar-mandir juga (tak biasa kediaman ni). Akhirnya pak penjaga yang tunjukkan kawasan tempat SOCAR. Parkir di tempat terbuka bahagian belakang.

Ada beberapa prosedur berkenaan menggunakan kereta SOCAR - iaitu anda perlu ambil gambar kereta dari beberapa sudut (untuk menggambarkan keadaan kereta dalam keadaan baik). 2 kali kena buat kerja macam ni.

  1. sebelum mula guna (sebelum tindakan membuka kunci kereta)
  2. sesudah habis guna (sebelum tindakan memulangkan)

Mungkin silap aku. Aku tak perasan tentang kewujudan parkir khas SOCAR (yang sepatutnya ada papan tanda). Masalahnya aku tak jumpa pun benda tu ambil kereta. Tapi paling tidak pun, aku teliti & peka pada kedudukan parkir (anggapan aku ialah kereta yang diletak situ maka itulah tempatnya). Nah tengok gambar ini..

nota - ini ialah gambar yang sama aku hantarkan ketika saat-saat proses sewa & pulang kereta. kalau tengok landmark, semua pandai tengok ini memang tempat & sudut yang sama

TETAPI TIDAK PADA MEREKA (PASUKAN SOCAR). Keesokan harinya (dah tengah hari sikit) mereka telefon aku tanya 

"MANA KERETA SOCAR?" "SAYA TENGOK GAMBAR ENCIK PARKING TEPI JALAN". 

Aku macam pelik sikit. Padahal kalau tengok gambar tu memang ketara sama latar belakang kot. Macam mana boleh jadi tepi jalan pula.

"Saya parkir kat tempat yang sama saya jumpa kereta tu."

Sebab pagi hari esoknya aku pergi intai tengok kawasan parkir SOCAR tu (boleh nampak ground floor sebelah dari kediaman aku tingkat 8 tapi pergi hujung koridor la), KERETA TU MEMANG TAKDE DI SPOT TERSEBUT. Masa tu awalnya aku sangka ada penyewa lain pakai (sebelum dapat panggilan tersebut). Tapi oleh sebab panggilan tu, aku jadi gelabah sikit. 

"KERETA SOCAR HILANG!?"

Perbualan telefon aku diakhiri dengan SOCAR akan hantar pasukan untuk siasat lokasi kereta tersebut. Maka aku pun semak la balik fail (gambar) dalam telefon aku. [NOTA - gambar dari applikasi SOCAR tidak disimpan dalam galeri foto telefon, tapi masih boleh dicari dalam telefon anda]. Bila aku semak balik gambar. Memang sah aku letak kereta seperti mana aku aku ambil kereta tersebut. 

Saban masa berlalu, akhirnya aku ternampak kereta SOCAR tersebut (tapi bukan pada posisi aku parkir kereta seperti gambar). Sekarang timbul persoalan utama..

  1. Macam mana kereta SOCAR boleh beralih tempat?? Sejarah pengguna kereta SOCAR direkodkan dalam aplikasi tersebut (kalau tengok rekod, hanya aku pengguna terakhir kereta tu). 
  2. Macam mana ada orang boleh alihkan kereta tanpa rekod dalam app?? Sedangkan nak buka kunci/kunci balik kena daftar sewa dulu.. (kecuali pekerja SOCAR la kot)
  3. Kalaulah benar kereta SOCAR diguna oleh orang, macam mana boleh lepas sistem kawalan?? Kenapa pak jaga tak tahu?? [Kediaman yang terlibat ialah kediaman dengan sistem kawalan. Apa-apa orang luar nak guna SOCAR semestinya didaftarkan di pondok pengawal (Melainkan penduduk dalaman bebas untuk capai kereta SOCAR dan ubah sesuka hati)

Dan paling aku tak puas hati ialah AKU LA (MANGSA) YANG DIKENAKAN DENDA PENALTI ATAS SITUASI SEBEGINI.  Tiba-tiba aku dapat makluman (notifikasi) bahawa AKU MEMPUNYAI DENDA YANG PERLU DIBAYAR.

Denda pasal apa sebenarnya? TIADA PENJELASAN 

"Aku teka mungkin tak parkir di tempatnya sebab takde papan tanda??"

Kenapa RM110 (jumlah yang pelik)? TIADA PENJELASAN TERUS

"Bila baca-baca FAQ, kemungkinan RM100 + RM10 (caj perlaksanaan?)"

Siapa punya salah? APA MEREKA PEDULI. 

"Pengguna sebelum aku rilek saja parkir di tempat yang sama.."

Adakah pengguna sebelum aku pun kena denda penalti yang sama?? SIAPA TAHU

"Aku terfikir ini boleh jadi salah satu cara untuk SCAM pengguna juga. Walaupun gambar (sebelum & selepas) sebiji sama, tapi tetap kata kita salah juga (walaupun dah lepas pulang). Pengguna sebelum aku kena PENALTI juga ke (aku sangka macam tu sebab tempat aku jumpa kereta tu di tempat tanpa papan tanda)? Aku tak tahu apa-apa kena juga PENALTI. (tak pasti apa nasib pengguna selepas aku). 

Kenapa aku nak bising pasal hal ni? SEBAB HARI INI PUN SAMA AKU GUNA SOCAR (cuba tempat lain tapi masalahnya TAKDE PAPAN PENANDA SOCAR JUGA MASA AKU AMBIL TU). Walaupun aku sekali lagi teliti (ambil tempat itu maka situ la aku letak balik) tapi BESAR KEMUNGKINAN MODUS KERJA MEREKA SAMA. AKU RASA AKU AKAN KENA LAGI SCAM MACAM NI..

"NI YANG MALAS NAK GUNA SOCAR LAGI DAH NI.." 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)