Menyanggah dalil Nabi tak tegur wanita tutup aurat

Baru-baru ni aku tertarik pada satu perkongsian di laman media sosial lagi, berkenaan satu hadis (rujuk gambar). 

AWAS - kena teliti beberapa perkara dulu baru ambil mesej nasihat yang sebenar

Dalil ini dikongsikan oleh laman (page) pejuang hak wanita (feminis), besar kemungkinan ramai akan menggunakan dalil ini untuk menolak 100% tanggungjawab mencegah jenayah rogol kepada lelaki semata-mata. 

"Aku bersetuju sangat dalam usaha mencegah jenayah rogol, pihak lelaki berperanan menjaga pandangan. Namun bukanlah bermakna pihak perempuan bebas & tiada peranan." 

Maka aku kongsikannya pula di sini dengan beberapa perkara tambahan yang perlu diberi perhatian.

Sebelum itu, elok aku cari balik dalil (hadis) tersebut dalam edisi Melayu sebagai langkah silang-semak (cross check). Ada 2 sumber yang aku jumpa:

  • Coretan Bonda Nor dalam buku Parent, THINK! (yang ni aku ada buku, juga paparan di internet demo ada pasal dalil tersebut)
  • Tarbiyatul Aulad Fil Islam karya "Dr Abdullah Nasih Ulwan" (yang ini kena beli pula. Jadi aku tak dapat baca) 
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w mengendong Fadhl ibn Abbas. Pada ketika itu, Fadhl sudah hampir baligh. Datang seorang wanita dari Khath'am bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal-hal agama. Tiba-tiba, Fadhl menoleh memandang wanita tersebut, lalu Baginda memegang dagu Fadhl dan mengalihkan mukanya dari melihat wajah wanita itu" - HR Imam al-Bukhari
--------
Hadis edisi Melayu & edisi Inggeris terdapat sedikit perbezaan, namun "kunci-mesej" (key-message) nya tetap sama iaitu pada akhirnya Rasulullah s.a.w mengalihkan pandangan sepupunya. 
Segelintir pihak menyuarakan pandangan bahawa Baginda tidak menegur wanita tersebut (maka andaian mereka perempuan tiada peranan jaga penampilan)

1# Hadis tersebut tidak menyatakan status keimanan wanita tersebut
Apabila baca kedua-dua edisi (Melayu mahupun Inggeris) hadis, tiada dinyatakan secara jelas tentang status iman wanita tersebut. Tapi BESAR KEMUNGKINAN bahawa wanita tersebut BUKAN MUSLIM 
  • Terhadap BUKAN MUSLIM, gugur tanggungjawab untuk menegur hukum AURAT WANITA. Menutup Aurat ialah hukum yang terdapat dalam Al-Quran, terpakai untuk semua UMAT ISLAM SAHAJA. --> Jadi sebab itu nabi tak tegur penampilan wanita tersebut
"Aku percaya jalan cerita akan jadi berbeza kalau melibatkan "wanita muslimah"

Tapi dia (wanita) itu datang tanya tentang hal-hal agama!! --> mestilah UMAT ISLAM! Aku berbeza pendapat dalam hal ini. iaitu Rasulullah sebagai utusan Allah untuk menyebar risalah ISLAM, pastinya sesiapa sahaja (ISLAM & BUKAN ISLAM) boleh datang untuk bertanyakan Baginda tentang hal agama Islam. Dan aku pasti Baginda seorang yang berperibadi mulia, maka sesiapa sahaja yang datang (walaupun bukan islam) pasti akan dilayani (jawab soalan) dengan baik

#2 Tegur orang asing (bukan islam) atau cegah sesama saudara (islam)? 
Yang mana lebih utama - tegur orang asing (bukan islam) atau cegah dengan ahli keluarga sendiri (yang islam)? Analogi lebih mudah - bayangkan anak kita yang berperangai sedemikian..
  • Kalau tegur orang asing --> nampak sangat kita memanjakan anak (tak nampak anak bersalah)
  • kalau tegur anak sendiri --> selalunya lebih tepat, sebab anak di bawah tanggungjawab kita untuk ditegur dan dibetulkan sebarang salah laku.
#3 Buat dulu, jelaskan kemudian
Antara yang menarik di sini ialah Rasulullah s.a.w bertindak mengalihkan muka. Penjelasan mungkin datang kemudian (sama ada cakap belakang atau sepupunya sudah pandai fikir sendiri). 
  • Edisi Melayu baru tahu bahawa sepupu ialah seorang budak hampir baligh (maka faham sangat. Macam kita dengan anak-anak kecil, sebarang adegan PG18 --> kita tutup mata budak --> kita cakap apa?)
  • Tegur belakang-belakang lebih baik dari tegur depan-depan
--------------------
"Dalam hadis ni, aku bersetuju tentang tindakan mengalihkan pandangan dari melihat yang haram. Tapi kalau tengok betul-betul hadis ni - 2 syarat utama tindakan Rasulullah yang tersebut ialah situasi wanita bukan muslim (tak boleh nak tegur tentang aurat sebab itu hukum untuk orang islam) + pelaku budak belum baligh. Kalau tak kena syarat tersebut, hukum jadi berbeza dan kena rujuk dalil lain yang lebih gah"
Nota - semua ini hanyalah andaian aku semata-mata. Sekiranya terdapat kesalahan / bercanggah dengan nas yang sah, mohon berikan saya teguran ya. Wallahu A'lam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)