KKA Skop Kerja ED

Assalamualaikum, nama aku Syed Hazran. Jadi bermula April 2021 aku bertugas di KKA. Ini adalah sekadar diari sepanjang aku kerja di pelbagai cabang tempat tugasan dari KKA

22 Nov - 3 Dis 2022: cover ED (buat kali pertama)

Istilah setempat KKA bagi ED ialah Emergency Department, bertempat di gabungan bilik 20-21 di klinik tersebut. Tapi aku lebih nampak tempat ni sebagai bilik prosedur, bilik rawatan akut, bilik pemeriksaan ECG, juga perhentian mana-mana pesakit yang perlu dihantar ke hospital secara kecemasan. 

Antara pemberitahuan yang aku dapat tentang skop kerja di sini

1) Head of ED

2) acute patient care- semua patient yg masuk ED haruslah disaring oleh MO dahulu.

"Ini merujuk kepada pesakit yang dihantar dari pelbagai unit di klinik: OPD, NCD, Kaunter Triage, URTI. Selalunya pesakit ni perlu rawatan akut. Selalunya bacaan tekanan (BP) atau gula tinggi yang perlukan rawatan"

3) to monitor blood taking

"Staf kat sini: Pembantu Pegawai Perubatan dan jururawat, kat sini semua dah berpengalaman dalam prosedur-prosedur. Cuma kalau pesakit jenis yang fragile (baby) mungkin la perlu doktor untuk selia.."

4) wound assessment & management 

"Sama juga. Staf sini dah berpengalaman. Sebab memang bilik ED juga beroperasi sebab dressing clinic. setiap hari pasti ada je pesakit datang untuk cuci luka. cuma kes luka yang bermasalah akan minta doktor buat keputusan. oh ya, hari jumaat ada tambahan doktor MO untuk tengok kes luka"

5) monitor ED staffs & HO

"Setakat aku kerja 2 minggu ni. HO cuma ada seorang je kat KKA jadi selalunya HO banyak kat tempat lain. Datang ED untuk standby (lepas pukul 5)

6) emergency trolley audit

7) ambulance care service audit- check all barang-barang ambulans

8) monitor documentation of all procedures

9) write PS for defaulters

"Pesakit yang terlepas temujanji akan singgah dulu di kaunter depan. Seterusnya jururawat di kaunter sana akan datang kepada doktor untuk tuliskan slip ubat baru

Referral MESTI diterima 8am-1pm & 2pm-5pm. No such thing as stop 30mnts before utk lunch etc

Komen aku sepanjang kerja di tempat ni..

Pada awalnya (sebelum mula) aku sedikit cemas, apabila tahu aku akan menghadapi kes-kes 'genting' (dah kata kes kecemasan, mestilah kes yang bahaya datang sini). Maka aku tak pasti kalau-kalau aku mampu untuk memberi pelan rawatan yang betul dan selamat sepanjang di sini.. 

Tapi hakikatnya tak semestinya begitu. Selalu juga situasi false-alarm (loceng palsu). Boleh jadi disebabkan pesakit boleh 'berdrama' kod merah semasa di kaunter triage. survey primer yang sepintas lalu memang akan hantar pesakit ke ED. Bila sampai ke ED, pemeriksaan rapi rupanya kes biasa..

Setakat 10 hari bekerja ni pengalaman kes kecemasan

  • SVT - sekali
  • Hypertensive Crisis (urgency & emergency)  - ni setiap hari pasti ada 2-3 orang
  • Uncontrolled DM / DKA - pun ada tapi tak sebanyak hypertensive crisis tadi. (dalam 10 hari ada 2 hari la kes ni). Boleh jadi ada banyak sebenarnya uncontrolled DM (tanpa DKA) tapi masih diuruskan oleh kawan-kawan dari unit OPD/NCD
  • Symptomatic anemia - ada 2 kali
  • Acute abdomen - sekali
  • Sepsis - sekali (ni pun sambung kawan URTI punya kes je)
Ada banyak kes kurang 'kecemasan' sebenarnya tapi ED juga tolong tengokkan sebab slot OPD dah penuh (pesakit nak juga jumpa doktor)
  • Dog bite
  • Motor vehicle accident
  • Tercekik tulang ikan
  • Kes nak nak cover referral letter
  • Allergic ringan
Apa yang seronok sepanjang kerja sini?
(1) rupanya kerja di ED tak sesibuk sangkaan ^-^! setidaknya bukan sepanjang masa. Jika ada hari-hari yang tenang maka tenang la suasananya. Tapi bila hari sibuk sangat sibuk
"Kalau masa jaga OPD jumlah kes yang aku perlu tengok 20-24/sesi pagi. Sesi pagi ada 5 jam jadi untuk 15-18/300 minit. Jadi seorang pesakit aku ada dalam 16-20 minit. Dan tetapan masa ini perlu ambil kira juga transisi masa pesakit nak masuk bilik/ nak cari keputusan darah/ nak suruh buat pemeriksaan gula, air kencing, ECG/ Xray dan lain-lain.." 

"Selalunya awal-awal sesi kerja tenang. Kalau sesi pagi pukul 8 pagi tu takde orang lagi. Jarang ada kecemasan awal pagi. Tapi sampai pukul 11 (slot OPD dah penuh), mulalah berbondong-bondong kes datang dari pelbagai unit. 

(2) staff sokongan (PPP & jururawat) sangat membantu dalam pengurusan pesakit. Periksa tekanan darah, gula, ECG, ambil darah masuk air, bagi suntikan, cuci luka semua boleh buat lebih cepat dari biasa (tak perlu tunggu lama sangat)  

Yang tak best kerja di ED ialah...

(1) banyak kali tugas di ED lebih kepada sokongan tambahan bagi unit OPD. Mana-mana kes tambahan (boleh dilihat dalam tetapan OPD tapi slot dah penuh pula) boleh diperiksa di ED (atas budi bicara doktor ED). Kalau aku doktor ED memang semua kes aku terima (terpaksa) je. Kalau ED tengah lapang tak apa, sebaliknya kalau ED tengah huru-hara memang berat hati juga dalam menerima..

(2) pemburu MC memang ramai kat sini. Dah nama jabatan kecemasan, hampir semua minta MC setiap kali habis rawatan (dan discaj pulang). Susah nak debat juga..

(3) lebih kepada tugasan menulis slip ubat pesakit cicir NCD. Kat KKA ni ada peraturan jadual NCD yang agak ketat juga. Pesakit terlewat 30 minit dari slot temujanji sebenar, terus dikira cicir temujanji. Tak payah jumpa doktor, sebaliknya hanya beri temujanji baru dan ambil ubat. Temujanji pun bukan kejap, lagi 5-6 bulan. Dalam proses menulis ubat ini, tiada interaksi doktor & pesakit (doktor tak jumpa pesakit, sebaliknya doktor hanya salin tulis ubat yang sama dari buku temujanji pesakit. Doktor pun tak diberi kad NCD asal pesakit)

"Bagi pesakit, mungkin segelintir anggap ni berita gembira sebab tak payah jumpa doktor (takde doktor nak bebel / tiba-tiba kecemasan suruh pergi hospital). Tapi bagi aku, walaupun masih dapat sambung ubat, pesakit terlepas peluang pemeriksaan teliti NCD." 

"Satu lagi dalam tugasan menulis ubat ni, selalunya aku takde maklumat ubat terbaru pesakit. Banyak kali farmasi telefon untuk pengesahan semula ubat. 

Secara tuntasnya..

masih seronok kerja ED ni. Ada banyak yang boleh diperbaik lagi kerja di sini

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)