Diari Pesakit Covid (sendiri)
Dalam 2 tahun lebih sejak wabak covid-19, akhirnya aku dan keluarga aku kena juga akhirnya..
8.8.2022 Isnin
Aku pergi kerja macam biasa. Kerja lepas cuti panjang membuatkan aku lebih bersemangat sikit dari biasa. Aku bertugas di unit MCH pada pagi tu. Memang sibuk sebenarnya sebab lebih masa rehat tengah hari. Tapi sebab aku puasa Asyura maka tak kisah lah.. Pagi tersebut memang aku tak bergejala langsung. Cuma dalam pukul 1130pagi aku dapat panggilan dari isteri..
"Haniya demam panas.." - ujarnya
Lantas aku mengimbau kembali saat-saat aku nak bertolak ke kerja - Haniya tampak seperti biasa menyusu badan. Dan diikuti pula oleh rakaman video oleh isteri akan babak-babaknya mandi hari ni. Nampak aktif macam biasa. Syukurlah tak ada tanda amaran bahaya..
Menjelang petang, aku kali pertama kerja bahagian admin MCH. Tak jumpa pesakit pun, hanya buat kerja-kerja pengurusan. Cuma aku mula berasa sakit tekak. Belum disusuli batuk yang ketara lagi masa ni. Gejala lain pun belum ada. Nasib baik kerja petang ni agak tenang saja.
Balik rumah dah malam, entah macam tak sedap perasaan sahaja aku dan haniya sama-sama mula tak sihat serentak. Maka aku pun tergerak niat nak periksa kit saringan pantas covid untuk diri dulu. Dan didapati..
Ah sudah dari mana pula aku dapat sumber covid ni?
Isteri juga turut buat ujian saringan pantas. Tapi dia negatif. Cuma tinggal si Haniya ni.. adakah perlu periksa atau tidak.
"Haniya cuma gejala demam panas. Masih aktif kalau tengah kebah. Takde gejala lain.. Isteri Negatif, macam tak perlu periksa saja" - bisik hati, sebenarnya tak sampai hati nak calit anak sendiri sebab dah fasih bayi menggelupur nanti..
Tapi dilakukan juga sebab Haniya demam panas 40'C. Mahu tak mahu kalau hari ketiga (rabu) masih tak elok nak kena dibawa klinik untuk periksa darah, mesti kena buat juga ujian calit..
Maka akhirnya aku buat juga ujian tersebut untuk haniya. Sebenarnya kesan 'trauma' buat calitan tu pendek je. Insyaallah budak 2 tahun tak ingat. Namun, keputusan ujian tersebut ialah.. POSITIF...
Dua-dua aku laporkan pada MySejahtera. Maka secara rasminya aku dapat arahan kuarantin di rumah selama seminggu..
9.8.2022 Selasa
HARI 2 COVID. Dah naik demam panas. Pagi sempat la buat kerja assignment GCFM sikit satu. Lepas tu terus terbaring sahaja sebab pening.
Isteri pun dah mula bergejala pening-pening dan demam. Maka diperiksanya sekali lagi ujian saringan. Kali ini keputusan negatif. Maka, dia pun laporkan pada sejahtera dan mulakan kuarantin. Satu keluarga kena. Petang sampai ke malam memang baring je aku. Isteri pun dah mula tak sedap dah. Baring-baring juga demam. Nasib baik haniya la hari ni nampak masih aktif boleh layan TV lagi..
10.8.2022 Rabu
HARI 3 COVID. Paginya aku memang tak sihat (demam). Tapi kena gigih juga buat assignment GCFM lagi satu sebab tarikh akhir 15 Ogos 2022 (aku dah tangguh lama sangat). Alhamdulillah sempat siap dan hantar.
Isteri pun 'teruk' hari ni. Tiada gejala bahaya, tapi dia memang terbaring pening seharian.
Haniya pun 'teruk' hari ni. Tiada gejala bahaya, tapi hari ni dia asyik nak menyusu badan je. Makan tak nak pun hari ni. Lepas je dari isteri mengamuk habis.
11.8.2022 Khamis
HARI 4 COVID. Eh Aku kena buat ulangan saringan pantas covid. Kalau negatif, dah boleh masuk kerja. Secara gejala, aku belum betul-betul bersedia nak balik bertugas sebab masih bergejala tak best. Maka aku berharapan la masih negatif agar dapat sambung kuarantin.
NEGATIF.
Maka aku maklumkan kepada unit KePAS, ujian terbaru. Maka arahannya aku boleh kuarantin sampai habis tarikh sepertimana tertera sejahtera. Alhamdulillah extra hari cuti rehat (walaupun bukan rehat sihat) tapi hakikatnya kerja KK Ampang bukan senang nak dapat cuti. Gunakan kesempatan ini untuk berehat dulu..
12.8.2022 Jumaat
Hari 5 COVID. Pagi pun macam lesu juga. Pukul 10 baru mula aktiviti. Tapi jantung berdebar (tachycardia) dah tak ada. Selera makan pun baru nak naik..
13.8.2022 Sabtu
Hari 6 COVID. Pagi ni macam lesu pula. Batuk gusi berdarah ada tapi kejap-kejap juga macam biasa. Baring dan tidur. Pukul 10 baru la mula aktiviti. Secara umum aku masih sihat lagi. Takde gejala serius pun
14.8.2022 Ahad
Hari terakhir kuarantin COVID. Secara fizikalnya alhamdulillah aku semakin sembuh. Selera makan dah datang semula, gejala batuk demam dah kebah. Maka secara rasminya aku dan haniya mengakhiri tempoh kuarantin. Isteri lewat sehari sebab dia saring lewat sehari.
Ulasan