Komik Puasa tapi langgar puasa
Cetusan idea timbul bersempena aku sertai pesta digital InkRamadan (baca coretan syedzran Ink Ramadan 2023M/1444H)
"Dalam usaha aku buat komik Ink Ramadan ini, sempena mencari idea, aku juga tengok-tengokkan hasil karya orang lain. Ini ialah percubaan tahun kedua, setakat dua tahun ni aku baru perasan satu hakikat yang tidak menyenangkan. Itu pun setelah ada orang nyatakan isu tersebut dalam berseloroh.."
Benar sungguh admin ni cakap (dia bukan pengkarya) |
Fokus - komik bulan puasa tapi tentang perlanggaran puasa
Langsung dari contoh (gambar) yang aku sisipkan. Setakat 2 kali aku sertai inkramadan ni dengan tema-tema harian yang berbeza, satu perkara yang aku berat hati untuk aku nyatakan..
Ramai dari peserta-peserta menghasilkan komik genre lawak edisi masing-masing. Untuk tema bulan puasa, antara yang paling hangat dipersembahkan ialah komik lawak orang tak puasa. Ada 2 implikasi yang aku tak sedap nak fikirkan:
- Menimbulkan satu fitnah kepada golongan bukan islam betapa "umat islam ni bukannya baik sangat". Ramainya orang mengelat ketika berpuasa rupanya. Kalau ribuan pengkarya hasilkan komik yang sama, bukankah pembaca yang terdiri dalam kalangan bukan muslim akan memandang rendah terhadap orang islam.
"Lemahnya orang islam ni. Suruh puasa pun ramai je yang mengelat"
"Masa kerja nak dapat kelebihan balik awal. Entah-entah curi makan (tak puasa)."
- Komik lawak macam ni lebih dekat ke arah mempersendakan agama. Maksud aku apa nasihat di sebalik komik tersebut. Untuk gelak-gelak dan berhibur je. Itu sahaja. Bahkan menerapkan kepada pembaca Muslim bahawa perlanggaran tugasan agama ni sebenarnya perkara yang biasa berlaku. Tiada pembersihan dilakukan
Ulasan