Tolong orang
Nota - Entri ni juga bersifat retrospektif, iaitu telah pun berlalu beberapa hari lepas dari tarikh entri ditulis ni. sekadar untuk dijadikan renungan dan panduan diri (dan pembaca lain) untuk masa hadapan..
-------------------------------------------<mula imbas kembali>-------------------------------------------
a) tolong ganti dia kerja s2 hari ni
b) enggan untuk tolong dia
Fokus A - berbuat baik kepada yang memerlukan
Gerak naluri hati aku alhamdulillah aku memang berniat menolong. Bersyukur kerana aku sedar akan arahan Allah agar tolong saudara yang sedang memerlukan, seperti mana FirmanNya:
Namun, ternyata hati aku memang lemah dan sering diragukan oleh pelbagai isu yang lain. Nak tolong memang nak tolong tapi muka tak gembira (macam tak ikhlas dan terpaksa tolong je..) Astagfirullah~
Dah lama baru la terlintas dalam fikiran aku akan isu ni.. Banyak kali pada masa yang lalu, aku bertindak baik hati untuk membantu mereka yang memerlukan tapi aksi dan tingkah laku aku lebih kepada tak ikhlas.. (ie. pada dasarnya aku bantu tapi tampak aku beri respon 'tensen' dan malas nak cakap banyak --> aku dah tolong, jangan nak 'banyak bunyi lagi / apa lagi kamu mahu' lagi)
Setting Achievement level..
level 0 - pentingkan diri sendiri dan tak menolong langsung
level 1 - tolong secara fizikal sahaja <--- tahap aku setakat ni
level 2 - tolong fizikal dan mental sekali
-------------------------------------------<mula imbas kembali>-------------------------------------------
"Syed, hari ni kau *S1 kan? (*s1 merujuk kepada jadual kerja shift-1 iaitu dari 7am-4pm --> balik awal). Aku nak minta tolong kau ganti aku S2 (7am-4pm-10pm--> balik dah malam hari) hari ni boleh? aku ada assessment la esok, takut takde masa nak studi nanti.." pinta seorang rakan sekerja pada jam 10 pagiTrigger! [Sempena bertugas di acute cubicle minggu ni, aku memang penat dan mentally exhausted! Tension headache semua pun ada.. dan kebetulan jadual aku minggu ni banyak s1 jadi niatnya aku nak selalu tidur seawal 10malam dan bangun 5pagi agar terus produktif.. Jadi apakah respon yang patut aku berikan??]
a) tolong ganti dia kerja s2 hari ni
b) enggan untuk tolong dia
"Aku bagi jawapan pukul 2 petang nanti.. Sementara itu, cuba minta tolong orang lain juga ye.." - balas aku ingin mengambil masaKonflik dalaman di sini - apakah aku akan mengabaikan kepentingan diri sendiri untuk menolong rakan sekerja yang sedang memerlukan ni? Aku tak la kenal mana pun dia ni (nota - minggu yang sama ni juga aku baru berpindah ke wad yang lain, maka seluruh rakan sekerja adalah mereka yang serba asing bagiku). Jadi entri ni ada 2 fokus iaitu..
Fokus A - berbuat baik kepada yang memerlukan
Gerak naluri hati aku alhamdulillah aku memang berniat menolong. Bersyukur kerana aku sedar akan arahan Allah agar tolong saudara yang sedang memerlukan, seperti mana FirmanNya:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yg dekat, dan jiran tetangga yg jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yg terlantar, dan hamba yg kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg sombong takbur lagi membangga diri" (Surah An-Nisa' 4:36)
Namun, ternyata hati aku memang lemah dan sering diragukan oleh pelbagai isu yang lain. Nak tolong memang nak tolong tapi muka tak gembira (macam tak ikhlas dan terpaksa tolong je..) Astagfirullah~
"Kawan tu bukannya berniat nak menyusahkan walhalnya dia dah terpaksa juga minta tolong.. Jadi bantulah dengan ikhlas (tak payah la buat muka tensen tapi senyum la skit) dan janganlah tambah beban perasaan dia pula.." - nasihat dalam diri sendiri ketika menangani konflik dalaman sebelum masa memberi jawapanMaka pada masa yang dijanjikan itu, aku memberikan jawapan kepadanya..
"Well, that was one fateful choice.. Berserah dan redha je la kepada Allah apa yang dah berlaku.."Fokus B - kalau bantu, kena la dengan hati yang ikhlas
Buku ni la yang menyedarkan aku tentang ikhlas |
Setting Achievement level..
level 0 - pentingkan diri sendiri dan tak menolong langsung
level 1 - tolong secara fizikal sahaja <--- tahap aku setakat ni
level 2 - tolong fizikal dan mental sekali
"Hmm, that was bad of me v_v Astagfirullah~ insya-Allah aku akan cuba memperbaik perangai ni. Kena berlatih mencapai tahap 2 pula.."Some other stream of thought
- Aku nak ulang balik Firman Allah yang tadi..
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukanNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yg dekat, dan jiran tetangga yg jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yg terlantar, dan hamba yg kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yg sombong takbur lagi membangga diri" (Surah An-Nisa' 4:36)
Menariknya aku perasaan banyak kali pada setiap Firman Allah ni begitu terperinci, termasuklah susunan keutamaan (priority). Misalnya dari ayat tersebut, keutamaan berbuat baik paling utama adalah terhadap ibu bapa, dan kemudiannya barulah diikuti dengan pihak yang lain-lain..
- Berkenaan berbuat baik ni ada juga batasannya sendiri. Umpama peribahasa Melaya, "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".. Naifnya, aku tak faham akan maksud peribahasa tersebut, sehinggalah berlakunya satu peristiwa ni.. Jadi ada benarnya pepatah tersebut..
Ulasan