Pergi tak kembali (2)
(nota - entri ini adalah bersempena hari pemergian bonda tercinta pada 12 Oktober 2008 *dalam entri pergi tak kembali pun dah diceritakan hal ni.. )
Sepanjang saat-saat akhir sebelum pulang ke rumah, aku lihat keadaannya memang dah makin teruk. Pesakit mengerang kesakitan dan semakin hilang nyawa sementara sementara ahli keluarga dan majikannya hanya mampu bersimpati pada keadaannya itu. Ada yang dah mula baca yasin dan ajar pesakit untuk mengucap..
"Doktor, boleh tak saya nak bawa balik bapa saya ni? Saya tengok bapa saya dah nazak sangat ni", tanya seorang ahli keluarga pesakit
"Boleh tu boleh, tapi encik kena sign borang AOR discharge ni ye.." - balas MO, diiringi aku sebagai HO yang menjaga pesakit tersebutDemikianlah antara adegan yang berlaku hari ni ketika aku bertugas di acute cubicle. Diperihalkan aku bertugas menjaga seorang pesakit ni, asalnya masuk ke wad atas masalah yang biasa je; muntah-muntah, namun entah macam mana pesakit ni jadi semakin teruk dan kritikal. Dan sampai ke tarikh entri ni, dia dah berada dalam keadaan nazak, seolah hanya tunggu masa je untuk 'pergi' kembali ke rahmatullah..
Sepanjang saat-saat akhir sebelum pulang ke rumah, aku lihat keadaannya memang dah makin teruk. Pesakit mengerang kesakitan dan semakin hilang nyawa sementara sementara ahli keluarga dan majikannya hanya mampu bersimpati pada keadaannya itu. Ada yang dah mula baca yasin dan ajar pesakit untuk mengucap..
"Pilu aku tengok situasi ni.. Kebetulan pula berlaku tarikh sebegini. teringat aku akan satu masa lalu.."11 Oktober 2008 - aku beli tiket flight pulang ke rumah segera, apabila mendapat panggilan ayah bahawa Wan (emak aku) tengah nazak akibat 2ND attack stroke. Sampai rumah malam tu, memang ahli keluarga dan saudara mara aku berkumpul mendampingi beliau pada saat-saat akhirnya. Memang sedih tengok keadaannya. Walaupun baru lepas operation untuk sembuhkan stroknya, namun ternyata Allah lebih menyayangi awah.. Dan pada Subuh esok harinya, beliau menghembuskan nafas terakhir
"That was the last night i spent my time with Wan, night filled with sorrow... One thing that sadden me is that i rarely talk consult her much about my life in school (entri sejak tahun 2001 - aku tinggal di asrama sejak tingkatan 1, jarang meluangkan masa di rumah. Tambah lagi aku bukannya jenis menceritakan hal di sekolah pada keluarga).
"And I'm sure any parents in this world will want to see / learn much about their growing children; are they doing good in study? About career, life-partner and much more.." - mesej dan idea dari entri aku suka doraemonSedih sangat-sangat, memang boleh buat menangis kalau imbau balik..
"Aku suka menangis kalau pasal bab ini.. Sebab aku rindukan (arwah) Wan dan insya-Allah aku akan bangkit kuat esok harinya.. Today's tear will lead to tomorrow's courage" - entri menangis itu
"Wan, jangan risau.. insyaAllah, Ran akan tetap berusaha untuk mencapai kehidupan yang baik seperti mana yang Wan harapkan.." entri sebelum induksiAl-Fatihah kepada bonda Tercinta Fatimah binti Harmaini..
..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,"Sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNyalah kami kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)
Ulasan