dari O&G (revisited)

Entri kali ni adalah kesinambungan entri dari O&G, yang mana aku akhiri post tersebut.
"Aku pernah dengar bahawa ibu yang mengandung dan bersalin akan diampunkan dosa-dosanya sepanjang dia menanggung kesusahan tersebut. Betapa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." - some other stream of thought
Maka kali ni aku selitkan satu perkongsian yang aku jumpa di facebook.. Sekadar copy paste untuk pengetahuan bersama..

14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG SEDANG HAMIL’ ::

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
daripadanya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru
dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang tidak di sukai-Nya....

Credit to: AKU DAN HATIKU

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)