konflik diri
(Nota - entri ni bersifat sangat peribadi. Aku tak berniat nak terbitkan untuk bacaan umum, cukuplah untuk tujuan muhasabah sendiri - takut aku lupa serta keliru akan permasalahan yang berlaku lalu mengakibatkan aku emosi pula)
Hm, macam mana nak mula ye. Kalau ikutkan perwatakan aku yang nampak baik hati dan suka menolong, aku hanyalah insan biasa yang tak lari dari konflik keluarga. Dan konflik kekeluargaan ni melibatkan antara kumpulan anak terhadap ibu bapa (kalau dalam kisah aku, lebih kepada bapa) ..
Entah sejak bila, aku dah semakin jauh daripada Ayah.. Mungkin kehidupan remajaku di sekolah asrama sejak tahun 2001 lagi menjadikanku agak renggang terhadap hubungan kekeluargaan.. Namun yang aku pasti, ada sebab lain yang lebih mengukuhkan renggang ni..
Aku tak la kata aku benci, namun secara pastinya aku tak gembira meluangkan masa berborak dengan dia. Dengan kata lain, dia bukanlah seorang pendamping (confidant) utama aku untuk membincangkan sebarang permasalahan (aku pernah aku confidant ke? ^-^!) . Dan banyak kali aku mendiamkan diri pada percubaannya memulakan perbualan.. Dan aku dapat perhatikan banyaknya usahanya untuk mendekati aku (belikan hadiah / tolong buat macam-macam walaupun aku tak minta / raikan birthday aku), namun aku tetap tawar hati dengan setiap percubaannya...
Namun, atas dasar simpati aku cuma akur sahaja ikut. Memang aku malas nak cakap banyak masa tu.. Tapi disebabkan aku nak raikan birthday aku, maka sengaja la aku buka topik perbualan;

"Jauh dalam hati, memang wujudnya rasa bersalah dan tak patut lakukan sedemikian. Maka terkadang, aku hanya akur atas dasar simpati. Akibatnya aku berada dalam situasi KELIRU tentang permasalahan yang sebenarnya tentang konflik sebegini.. apakah puncanya.. "For things that happened this recently, I'm getting to understand more about myself v_v - status facebook bertarikh 1.6.2014
"Aku akhirnya dah faham apa yang buatkan aku tak selesa untuk 'rapat / mesra' dengan ayah. Beliau memainkan peranan seorang ayah yang baik (mengambil berat terhadap kebajikan anak-anak), berkaliber dalam kerjaya, berpengalaman dalam spice of life.. Namun, bila membincangkan bab politik, tak bestnya banyak akhlak buruk mula diperlihatkan.. dan setiap topik perbualan mesti akhirnya menghala ke topik politik.. kenapa jadi begini..Aku ingat lagi, antara adegan yang berlaku ketika hari lahirku sendiri terbaru ni.. Ayahku kononnya nak mengajak semua ahli keluarga meraikannya hari lahir ni, ajak makan kat restoran mahal, yang mana makanan kat restoran ni memang bukan taste dia langsung..
- Aku sendiri organizer dan ajak seluruh ahli keluarga datang makan tempat tu tahun lepas, tapi beliau hanya order side dish je (dengan beralasan kena jaga makan (sakit jantung)). Terasa la jugak masa tu..
- Keduanya, pada hari lahir ahli keluarga aku yang lain, takde pulak nak raikan.. Ajak makan pun tempat kedai makan biasa je.. Aku begitu tak suka dan selesa dengan 'bias' sebegini..
Namun, atas dasar simpati aku cuma akur sahaja ikut. Memang aku malas nak cakap banyak masa tu.. Tapi disebabkan aku nak raikan birthday aku, maka sengaja la aku buka topik perbualan;
"Macam mana ye keadaan (arwah) Wan masa lahirkan Ran dulu.. Kat hospital mana eh?" - tanyaku membuka bicara seterusnya mengimbau kembali kisah kelahiranku.Dan cuma kali ni je saat-saat perbualan kami yang aku enjoy sebab takde isu politik diketengahkan dalam hal ni.. ternyata ayah tampak ceria mengisahkan kisah-kisah lama yang berkaitan:
- semua adik-beradik selamat lahir SVD serta uneventful, dan aku lahir paling berat sekali antara semua. Sementara chik je ada retained placenta masa tu. Tapi postnatally semua uneventful
- Kisah petempatan di beberapa rumah di KL sebelum akhirnya tinggal di Taman Cempaka
- tarikh perkahwinan ayah & (arwah) Wan ialah pada bulan November 1980
"Really, all these talk about our past is really amusing.. maybe this is among the wonderful talk that i had all that i can remember.. "Entri (yang berkaitan dengan konflik yang berlaku) turut menyumbang dalam proses muhasabah..
Ulasan