Mimpi rawak..
Huh, dah lama tak tulis blog.. semuanya kerana aku sekali lagi main game FFX (aku pernah tulis tentangnya di entri blog sendiri kini gaming di ps3 pula) tapi kali ni versi portable di PS Vita.. Apa-apa pun, entri kali ni adalah ekoran dari status di laman sosial aku...
"Been having strange dream lately.. it's not 'nightmare' for sure, and some are nice.. I wonder it those are wishes deep in heart..Sejak akhir-akhir ni aku banyak mimpikan sesuatu yang ganjil.. misalnya hari ni..
" - status facebook bertarikh 8.3.2015
"Hari ni aku mimpikan bekas roommate aku di UNIMAS dulu bernama "L" yang mana aku dan dia dalam mimpi ni berwatak bujang, mengembara ke satu tempat asing.. yang mana pengakhiran mimpi ni adalah tempat ni mengalami kemusnahan kekal (~ kiamat).. "Ada sekali ni aku mimpi kawan-kawan rawak dari masa silamku yang mana akhirnya aku berjaya gak luangkan masa bersama.. --> Ni merujuk kepada harapan aku bahawa reunion yang bakal aku adakan nanti 1 Mei 2015 berjalan lancar apabila semua bekerjasama turut serta
"Namun, sejak awal perancangan lagi aku berasa situasi sebegini bukanlah semudah harapan / sangkaan.."Dan antara yang aku risaukan tentang mimpi ialah apabila ia memperihalkan satu sudut kegelapan dalam hati aku..
"i can feel it.. the evil intention deep within me.." (Qarin entri 2)Buatku teringat tentang satu novel literature english tingkatan 3 dulu - Dr Jekyll and Mr Hyde. Tentang ringkasan/ sinopsis kisah ni boleh rujuk pada link berikut --> sparknotes/summary. Namun, persoalan yang ingin disampaikan (aku rasa la) melalui novel ni..
- Betapa baik perwatakan seseorang tersebut, nilai kegelapan tetap wujud dalam dirinya juga. Yang mana si Dr Jekyll memilih untuk melakukan kejahatan melalui perwatakan Mr Hyde. Kesudahannya perwatakan Dr Jekyll tidak dapat dikembalikan, dan dia kekal selamanya jahat sebagai Mr Hyde sama ada menanti hukuman atas jenayah yang dilakukan atau membunuh diri (yang mana keduanya bukanlah pengakhiran yang baik)
Ya Allah, tetapkanlah hatiku pada jalanMu..
Ulasan