HO Arc! Episod 32

"Bismillah~ Nama aku Syed.. Siri entri HO arc adalah sekadar diari tentang perjalanan kehidupanku sebagai seorang HO dalam bidang kedoktoran.."
Setakat ni aku dah melalui..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 -23 : posting medical

Dan seterusnya perjuangan di medan paediatrik..
Episod 24 : tagging SCN paed
Episod 25 : SCN story
Episod 26 : tagging general paed
Episod 27 : general paeds (level 1)
Episod 28 : paeds surgery
Episod 29 : paeds cardio
Episod 30 : general paeds (level 2 - bulan puasa)
Episod 31 : paeds respi

Episod 32: back to general ward kk2 (level 3 - tak sihat) (14 Julai - 3 Ogos 2014)
"Ho arc episode 32! Back to general ward.. [Kerja+puasa+tak sihat --> challenge level 3]" status facebook bertarikh 16 Julai 2014
Akhirnya aku kembali semula ke pangkalan KK2. Dan kali ni aku berada lama sikit di wad ni bertugas. Tapi cabaran lebih hebat apabila aku jatuh sakit dek Upper respiratori tract infection (singkatannya URTI). Ni mestinya sebabkan aku kembali dari wad respi.. maka secara tak sengajanya aku juga terjangkit oleh pesakit di sana..
"sakit itu kifarah dosa" - entri jatuh sakit
"sesuai dengan bulan puasa itu sendiri (soum) jadi hari panas adalah salah satu cabaran MESTI ada.." - Begitulah antara pujuk hati aku dengan pelbagai alasan baik agar aku gah meneruskan kerja.
Oh ya aku tak ceritakan lagi tentang bidang kerja ketika dalam posting wad ni. Aktiviti harian kami dimulakan
  • Masuk kerja terus buat AM (pagi) review untuk semua pesakit secepat boleh 
  • yang mana kemudiannya (round) oleh MO / pakar wad tentang cara pengurusan pesakit. (biasa MO datang pukul 8pagi, dan pakar lambat skit dari tu)
  • Seusai round pagi, masa untuk laksanakan pelan rawatan pesakit (termasuklah ambil darah, insert branula..)
"Paling best dalam paediatric posting ni ialah bila mana aku berasa betapa ukhwah sesama rakan sekerja tu terbaik~ boleh dilihat dalam prosedur amik darah, memang perlu beberapa tenaga kerjasama baru boleh berjaya.. Maka bila mintak tolong, tak la rasa berat sangat.. (sebabnya memang perlu saling tolong-menolong.. lepas turn pesakit kau, aku pula kena beramai-ramai tolong..)" <-- macam isi kata-kata entri episod 26
  • Kemudiannya sementara tunggu jam petang bermula (lepas pukul 12), kalau ada 'pesakit baru' masuk wad, maka setiap orang ada giliran untuk clerk (interview) pesakit.. 
"Yang ni bergantung kepada nasib.. kalau pesakit ramai, maka banyak la kerjanya.. sementara kalau hari aman damai dan sihat sejahtera sangat lapang (merujuk kepada beban kerja sebab ada je kerja lain yang perlu dibuat) la jadinya.."
  • Petang menjelang - Pun ada round PM pula tapi kali ni lebih ringkas.. tak terperinci macam round pagi..
  • lepas waktu pejabat - tugas kerja biasanya akan disambung bagi mereka yang jadual S2 (iaitu 7pagi - 10 malam). Kerja mereka lebih fokus untuk clerk 'pesakit baru' kalau mereka masuk melebihi waktu pejabat serta mendampingi kalau-kalau pesakit ada isu tertentu (eg muntah / kena sawan etc)
  • lewat >10 malam - bagi mereka yang berjadual S3 untuk bertugas malam sampai pagi esoknya..
Demikianlah antara bidang tugas dalam paeds.. (nota - untuk posting lain pun lebih kurang sama je)..
"Kerja, kerja juga. tapi sebagai pegawai perubatan penting bagi aku untuk berusaha kekal sihat supaya dapat bantu orang lain.."
Ok, next episode pula berkenaan lepas raya pula.. ^-^
"Kisah raya di paeds?? how is it different?" - preview episod 33

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)