HO Arc! Episod 41
Bismillah.. Nama aku Syed, salah seorang HO.. kisah perjuanganku di medan KL ni dah semakin hampir ke arah pengakhiran.. Sedikit imbas kembali akan episod lalu..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)
Dan akhirya masuk ke posting terakhir dah iaitu Jabatan Kecemasan..
Episod 40 : tagging ED
Disebabkan aku masih mentah lagi di alam kecemasan ni, maka untuk sebulan pertama ni aku ditugaskan di kawasan green & kuning sahaja..
Part 1 - 'Green' triage
Hijau maksudnya kes-kes biasa yang bukanlah satu kecemasan pun. Mereka-mereka yang terpilih untuk pergi green ialah mereka yang boleh berjalan, main handphone, makan-minum lagi (disebabkan kes mereka ni masih stabil dan dapat bertahan lagi)
Tentang jadual kerja di green; terdapat sedikit perbezaan dengan jadual asal di kecemasan yang mana
Namun, green zone yang sepatutnya menjadi suatu tapak bertugas yang *selesa (*pada segi pesakit yang datang bukanlah berisiko bahaya nak mati), namun seringkali zon ini menjadi konflik sosial..
Sedikit nota tentang situasi di green, ada beberapa golongan pesakit yang akan dikelaskan sebagai G1 (fast lane / boleh skip queue) walaupun kes mereka mungkin sekadar demam/batuk-batuk biasa. Mereka ni perlu diberi perhatian segera disebabkan kes mereka boleh melarat teruk di luar dugaan

Episod 35-39 : posting kelima orthopedik
Dan akhirya masuk ke posting terakhir dah iaitu Jabatan Kecemasan..
"Seusai tagging, maka aku pun bermulalah kerja rasmi di medan kecemasan.."Episod 41 - battle zone Green & Yellow (3 Feb - 9 Mac 2015)
Disebabkan aku masih mentah lagi di alam kecemasan ni, maka untuk sebulan pertama ni aku ditugaskan di kawasan green & kuning sahaja..
Part 1 - 'Green' triage
Hijau maksudnya kes-kes biasa yang bukanlah satu kecemasan pun. Mereka-mereka yang terpilih untuk pergi green ialah mereka yang boleh berjalan, main handphone, makan-minum lagi (disebabkan kes mereka ni masih stabil dan dapat bertahan lagi)
Tentang jadual kerja di green; terdapat sedikit perbezaan dengan jadual asal di kecemasan yang mana
- AM (untuk green zone -> bermula 745am sehingga 245pm). Namun, perlu menghabiskan semua tugas & pelan rawatan pesakit sehingga 4pm
- PM (untuk green zone -> bermula 245pm sehingga 945pm). Namun, perlu menghabiskan semua tugas & pelan rawatan pesakit sehingga 11pm
- ON (untuk green zone -> bermula 945pm sehingga 745am esoknya). Namun, perlu menghabiskan semua tugas & pelan rawatan pesakit sehingga 10am
Namun, green zone yang sepatutnya menjadi suatu tapak bertugas yang *selesa (*pada segi pesakit yang datang bukanlah berisiko bahaya nak mati), namun seringkali zon ini menjadi konflik sosial..
"BERAPA LAMA LAGI SAMPAI NOMBOR SAYA..?"
"KENAPA *NENEK SEBELAH NI DAPAT MASUK AWAL DULU SEDANGKAN DIA LAGI LAMBAT DAFTAR KAUNTER.."banyak lagi contoh lain yang boleh dilihat --> antaranya seperti dalam blog Tales of A Malaysian Medical Officer
Sedikit nota tentang situasi di green, ada beberapa golongan pesakit yang akan dikelaskan sebagai G1 (fast lane / boleh skip queue) walaupun kes mereka mungkin sekadar demam/batuk-batuk biasa. Mereka ni perlu diberi perhatian segera disebabkan kes mereka boleh melarat teruk di luar dugaan
- Warga emas (umur >65 tahun)
- Bayi (umur <1 bulan)
- Asthma
- kes PSY
- ... ada beberapa yang lain tapi aku tak ingat buat masa ni..
"Satu kajian yang dilakukan di suatu tempat lain menunjukkan lebih kurang 97% pesakit yang datang ke kecemasan green zone, tak menghiraukan kewujudan pesakit lain.." - terjemahan petikan dari blog GomerBlog/patient selfishness
*"aku peduli apa kau rasa 'chest pain nak mati', sakit aku ni pun rasa nak mati juga.." - katanya.. |
Ulasan