Hari Bertuah

Entri kali ni santai-santai saja. Dah lama aku cari lagu ni sejak konvo dulu.. Cuma tak terjumpa sehingga la baru ni.. Jom dengarkan lagu konvo universiti aku dulu [UNIMAS - Hari Bertuah]


Beberapa ingatan/kenangan yang berkaitan dengan lagu ni

  • Pendedahan pertama - Masa belajar tahun pertama di UNIMAS dulu, lagu ini juga la yang dipersembahkan oleh choir first year terhadap senior yang baru grad. 
  • dan setiap kali musim konvo, pastinya lagu ni dimainkan.. 
Selari dengan tema lagu ni.. lagu ni menyampaikan mesej kegembiraan melalui kejayaan dalam pelajaran (universiti). Dan pada musim konvo, tentunya ibu bapa pelajar dijemput untuk meraikan kegembiraan ni..
"Well, everyone has family to share their happiness, too ^-^ that's lovely.. and sure me, too, should have one, but the one i really want to be here with me at this moment of happiness is not here anymore.." v_v  - entri sebelum induksi
Agaknya bagaimana kalau (arwah) Wan masih ada masa tu ye.. Acapkali aku membayangkan bahawa arwah sangat gembira & berbangga.. Kalaulah...
"Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.." - entri kalaulah (scene 2)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)