HO Arc! Episod 42

Kisah perjuangan HO (aku) di medan HKL setakat ni..

Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)
Episod 35-39 : posting kelima orthopedik

Dan akhirya masuk ke posting terakhir dah iaitu Jabatan Kecemasan..
Episod 40 : tagging ED
Episod 41 : battle zone Green & Yellow (part 1)

Mengakhiri Episod 41, aku perlu menjalani ujian pernilaian Viva (mid posting). Pegawai Penilai aku ialah Dr. Faisal. Coordinator aku sendiri. Tujuannya adalah untuk menilai pemahaman/ ilmu aku dalam perubatan Kecemasan sebelum aku dibenarkan bertugas di zon merah..
"Walaupun pernilaian, tapi apa yang berlaku adalah lebih kepada sebuah perbincangan. Memang best doktor ni.. Alhamdulillah, aku diluluskan tapi perlu lebih rajin.. Next..
Episod 42 - battle zone Red (10 Mac - *5 April 2015) *sebenarnya berterusan sehingga tamat posting tapi ada checkpoint event..
Zone merah adalah kawasan kecemasan untuk pesakit kritikal. Yang mana semua pesakit yang ditempatkan di sini adalah berpotensi meninggal dunia kalau tak diperiksa+rawat.
"HO arc Episode 42: red zone battle starts from now onwards.. and suprisingly difficulty level at all zone sky high after the assessment.." - status facebook bertarikh 9.3.2015
Aku ingat lagi; pagi tu assessment dengan Dr. Faisal dan petangnya terus masuk mulakan shif. Tapi apa yang berlaku memang huru-hara. Ramainya 'orang nak mati' petang tu >_<! Antara kes zone merah ialah..
  • Acute MI (faham sebagai "serangan jantung")
  • Polytrauma (situasi kemalangan sehinggakan banyak cedera pada struktur-struktur penting eg. kepala, leher,  dada dan perut dll)
  • Seizure (sawan)
  • Respiratory distress (ni kes pernafasan sesak eg. Asthma teruk dll)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, yang best yang di jabatan kecemasan ni adalah terdapat banyak kursus latihan klinikal yang diadakan oleh pakar..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)