Catur
Seusai pulang dari bekerja, tiba-tiba seorang anak muda menerpaku..
Ketika aku di tingkatan satu, aku mempunyai seorang kawan baik yang gila main catur. Namanya Ekey. Dia bawa catur ke asrama untuk bermain sesama kawan, dia ahli kelab catur dan dia juga la yang wakil sekolah pertandingan catur..
Jadi sejak tu aku dah mula berminat untuk terus bermain catur ni sebagai hobi. Dan tak disangka-sangka selepas pindah sekolah (tingkatan 4) Imran pula meneruskan legasi mengajak aku wakil sekolah pada tahun-tahun seterusnya.. dan seterusnya aku tidak lagi mengelak..
Some other stream of thought..
"Syed! I challenge you to fight (chess) with me.."
"So you are getting a hang of chess, aren't you?" - balasku (memandangkan aku yang hadiahkannya sebuah set catur sempena kelahirannya, rasanya mesti dia tak terer main lagi)
"I have already played with some of my friends. But come on, let's just play.."
"Confident, aren't you? i accept your challenge.."Dah lama rasanya sejak aku kali terakhir main catur. Membuatku terkenang semula sejarah aku dan catur ni.
- Aku mula kenal catur ni sejak umur 7 tahun, tu pun sebab aku hanya memerhati Ayah Cu aku bermain dengan orang lain... Dan aku tak minat pun..
- Pada umur 8 tahun pula, catur ni galak dimainkan di sekolah terutamanya pada akhir-akhir sesi persekolahan (dah habis periksa --> kawan-kawan bawa board game termasuk la catur). Masa ni juga aku main gitu-gitu je..
- Sampai ke 12 tahun, tiba-tiba ada kawan sekolah ajak join kelab catur. Aku datang cuma sehari dan lepas tu tak datang dah.. ^-^!
- Sampai la ke umur tingkatan satu (13 tahun), yang mana perkenalan aku dengan Ekey lebih mendekatkan aku dengan catur ni..
"Kalau aku tak berkawan rapat dengan kau, tentunya haluan kehidupan aku tak begitu galak dengan permainan catur ni. Terima kasih, eKey.."Fokus - kisah catur aku dulu-dulu..
Ketika aku di tingkatan satu, aku mempunyai seorang kawan baik yang gila main catur. Namanya Ekey. Dia bawa catur ke asrama untuk bermain sesama kawan, dia ahli kelab catur dan dia juga la yang wakil sekolah pertandingan catur..
"Dan yang paling aku tak fahamnya, dalam ramai-ramai kawan dia yang dia selalu main, aku juga yang dia nak ajak join main peringkat sekolah.. >_<! dah kenapa, takde orang lain ke.."Dua tahun aku mengelak join dia main, sampai la aku ke tingkatan 3 (15 tahun) baru la aku ikut dia bermain (tu pun atas dasar kawan maka aku mengalah terpaksa). Seringkali aku beralasan bahawa aku takut kalah (dan tak dapat menepati harapan dia). Tapi masa kali ketiga dia ajak..
"Alah, main je.. jangan fikir sangat pasal menang-kalah. tu memang adat permainan" - katanya..Pernah suatu masa aku bertanya kenapa dia begitu beriya sangat nak ajak aku main sama (sedangkan ramai je kawan-kawan lain yang standout juga main catur ni..)
"Alah, catur ni yang pentingnya kena pandai strategi dan logik. Aku tengok kau sangat pandai dan suka ilmu matematik, jadi aku rasa mesti kau akan suka catur ni nanti.. Lagipun, kita kan kawan baik.."
Jadi sejak tu aku dah mula berminat untuk terus bermain catur ni sebagai hobi. Dan tak disangka-sangka selepas pindah sekolah (tingkatan 4) Imran pula meneruskan legasi mengajak aku wakil sekolah pada tahun-tahun seterusnya.. dan seterusnya aku tidak lagi mengelak..
"Bring it on~"-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Some other stream of thought..
- Namun, entah aku terdengar ada ura-ura menyatakan bahawa permainan catur ni tidak baik dari aspek agama.. Sangkanya aku apabila ia melalaikan kita dari waktu solat..
"Mungkin kot.."
- Dan tak kira siapa yang mengajak aku main catur (walaupun budak), aku akan bermain sehabis baik (sebagai menghormati persaingan).. Tapi ada je, kadangkali beri peluang makan Queen / undo step..
Ulasan