maaf (cerita 3)
"Eh? Bukan kamu tengah marah si abang ke baru-baru ni..? Macam mana dah boleh berbaik semula ni?" - si adik bertanya, terkejut..^-^! mesti ramai akan tertanya apa cerita penuh yang telah berlaku. Jadi kenalah aku imbas kembali peristiwa yang berlaku beberapa tempoh yang lalu. Sinopsisnya lebih kurang begini..
--------------------------------------------------<imbas semula>----------------------------------------------------
Pada suatu malam, aku mengikut keluarga keluar makan malam di luar. Kononnya nak meraikan kejayaan si abang yang cemerlang dalam peperiksaan baru ni. Tapi permulaan outing dinner ni mula-mula dah kelam dek abang berperangai 'malas bekerjasama untuk keluar makan'. Dalam keterpaksaan itu, aku percaya dia ingin memujuk dirinya dengan bermain game konsol DSi yang dibawa bersama.. Namun, masalah & kekecohan berlaku di kedai makan tersebut ketika prosses memesan makanan (melalui babak yang berikut..)
"Nak order makanan, beritahu sendiri pada kakak (pelayan) itu terus.. (maksudnya tak perlu minta aku yang order bagi pihak mereka). Kau nak makan apa, abang?" - aku berniat melatih agar anak muda ni pandai berinteraksi sendiri
"Nasi goreng -Yam dan milo ais..." - pesannya acuh tak acuh sambil terus bermain game mengendahkan sekeliling
"Hah?" - bingung si pelayan kedai makan mendengar.Si adik berniat membantu ulang semula menu tersebut, kononnya tak nak keruhkan keadaan marah-marah abang yang tengah moody (baik jugak si adik ni) . Jadi ulangannya..
"Dia mau Nasi Goreng ayam.. eh eh bukan.. nasi goreng tomyam kot.. Saya nak nasi goreng tomato" - si adik
"Eh? Jadi mana satu sebenarnya ni?" - tanya pelayan inginkan pengesahan..Si abang terus berdiam diri main game dan tidak mempedulikan sekeliling. Aku dan si adik bingung dengan perangai yang ditunjukkan..
"Nasi goreng Ayam kot" - teka aku (dengan andaian bahawa budak-budak tak makan kot tomyam-tomyam ni..)Si abang tidak bersuara apa-apa..
"Ok la kalau macam tu.." - pelayan lalu beredar..Apabila sampai makanan yang dipesan (Nasi Goreng Ayam).. serta merta abang menafikan pesanannya..
"Saya tak order nasi goreng ayam.. Saya order nasi goreng tomyam.. " - bantahnyaPelayan terpaksa ulang-alik untuk semak balik memo order untuk kepastian. Pada memo order tentulah nasi goreng tomyam dah cancel sebab kekeliruan tadi.. Maka si abang tetap berkeras nakkan juga nasi goreng tomyam.. Maka pelayan terpaksa hantar menu ke dapur semula.. Maka pada masa itulah aku tersentap (tahap 4) maka menimbulkan isu..
"MASALAH NI TAKKAN BERLAKU KALAU KAU TAK BAWA & MAIN GAME KAT SINI.. KAU TAU TAK KAU DAH MENYUSAHKAN ORANG.. KAKAK TU TENGAH KERJA (ambil order makanan) TAU TAK? KAU TAK HORMAT DIA PUN ORDER MAKANAN (maksudnya order makanan betul-betul sambil ada eye contact). AKU PUN MAIN GAME JUGA, TAPI AKU TAK BUAT BEGINI.. "-----------------------------------------<imbas semula tamat di sini>----------------------------------------------
Aku tak kisah pun dia nak main game ke apa, cuma babak dia 'tak hormat' pelayan kedai tu memang betul-betul buat aku marah.. Kalau dia buat terhadap aku, aku tak kisah lagi.. tapi kalau kena kat orang luar, tambah-tambah menyusahkan mereka membuatkan aku tak dapat terima lalu berang..
Marah, memang aku sangat marah.. dan aku rasa budak ni 'tak belajar' pun dengan kesilapan perangai ni.. Namun, teringat satu kata-kata nasihat;
"To err is human, to forgive is divine"Tafsirannya yang aku faham ialah : memang fitrah manusia itu sendiri diciptakan sering melakukan kesalahan, namun, rahmat dan pengampunan Allah sentiasa melebihi segalanya.. Jadi sifat "memaafkan" adalah menghampiri ciri hebat Allah. Maka marilah kita cuba mencontohi sifat agung ni.. Bukankah banyak contoh-contoh yang diperlihatkan oleh Nabi-nabi terdahulu..
"Masih banyak yang aku perlu usaha agar dapat mencontohi sifat mulia ini.."Jom muhasabah topik maaf ni skit dalam entri lain dalam blog aku..
Dan nasihat yang lain yang ingin aku kemukakan bagi mengakhiri entri ini..
"Jangan menjadikan kesilapan seseorang sebagai sebab untuk membenci mereka. Dan jangan sesekali membenci manusia pun walaupun seseorang.." - akan diteliti lagi dalam entri yang akan datang (another stream of thought)
Ulasan