MO-ship Cardiac (Oncall 1)

Salam. Ni adalah diary/catatan tentang kerjaya rasmi aku.
"Nama aku Syed Hazran. Setelah tamat mengharungi masa-masa housemanship (semua entri HO Arc), seterusnya aku ditempatkan pusat tanggungjawab baru pula sebagai MO.. Entri berikutnya adalah MO-ship pula..
MOship aku bermula apabila aku ditempatkan di negeri Sarawak. Pada 29 Jun 2015, aku melapor diri di JKNS untuk maklumat lanjut tentang perincian hospital mana aku ditugaskan. Aku diberikan tempat Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (pendeknya PJHUS). Maka bermulalah tugas aku sebagai Cardiac MO.
"Cardiac MO adalah MO yang bertugas dalam department jantung (cardiac). Namun begitu, jabatan cardiac ni lebih kepada menguruskan pesakit secara medical (ubat) saja. Dengan kata lain, apa-apa sahaja kes yang memerlukan prosedur pembedahan besar adalah di bawah tanggungjawab team lain iaitu Cardiothoracic. Dan tentulah Cardiac dan cardiothoracic masih di bawah satu hospital yang sama.."
MO-ship Cardiac : Oncall 1 @ CCU
Dalam entri kali ni, aku akan menjelaskan peranan MO oncall 1. MO oncall memainkan peranan penting dalam kerja seharian.
  • Tugas MO oncall bermula 8am - 8am esok harinya. 
  • Dalam masa 24jam, MO oncall perlu peka dan terima kes rujukan dari hospital luar atau jabatan kecemasan. Maka dari situ MO akan membuat keputusan sama ada pesakit perlu masuk wad (admit) ataupun pulang rumah (discharge). Dan seterusnya kalau masuk wad, perlu tentukan pesakit perlu wad CCU (coronary care unit = ICU) atau CRW (cardiac rehab ward = ward biasa), bergantung kepada keadaan pesakit. 
  • Ada masanya MO oncall akan terima kes dari jauh (Miri/Bintulu). Kalau keadaan pesakit stabil, maka boleh bagi appointment saja. Sebaliknya kalau keadaan pesakit kritikal, maka hendaknya pesakit perlu dihantar secepat mungkin (di Sarawak ada khidmat helikopter) untuk prosedur emergency.
  • MO oncall 1 akan menguruskan CCU sepanjang tempoh masa tugasnya. CCU mempunyai 8 bilik dengan jururawat setiap satu menjaga pesakit. 
"Alhamdulillah, staf jururawat di sini semuanya terlatih. Selalunya mereka lebih arif tentang apa tindakan yang biasa dilakukan sekiranya pesakit tak stabil. Dan selalunya mereka berdikari dan boleh tolong menjalankan prosedur ringan bagi pihak doktor (misalnya venapunture, IV line insertion, CBD, NG tube).
  • Prosedur yang complex (central line insertion/ Septic workup/ Intubation) namun masih perlu MO Oncall uruskan.."
Sebenarnya tiada jadual bertulis tentang apa yang patut MO Oncall 1 lakukan sepanjang hari bertugas, tapi bagi aku secara *idealnya.. (*ideal yang aku maksudkan ialah ketika hari tenang dan tidak sibuk)

8am : Round pagi dengan specialist (cardiologist) [Nota - round ni maksudnya specialist akan melihat semua pesakit-pesakit tengok kes dan berikan pelan tindakan rawatan seterusnya. Jadi semua pesakit akan dilihat doktor pakar paling kurang sekali dalam sehari, biasanya pagi]
*Masa ni la bermulanya, MO oncall mungkn akan mendapat panggilan telefon tentang kes-kes rujukan. Bergantung kepada kestabilan pesakit, MO Oncall akan tentukan masa untuk buat pernilaian (review) nanti. (Kalau kes tak teruk, biasanya aku akan tengok kemudian lepas round - lambat sikit. Sebaliknya kalau kes zone merah, maka aku perlu turun segera dan abaikan round)
11am : biasanya round dah habis, maka MO Oncall akan bebas untuk pergi tengok kes rujukan dan buat keputusan. (isu/pelan tindakan yang dirancang biasanya dilaksanakan oleh MO postcall untuk sesi pagi)
"Selalunya kes yang mesti masuk CCU ialah kes myocardial infarction (MI). [serangan jantung tahap 'bahaya'], pesakit kes jantung yang intubated (perlukan mesin bantuan pernafasan), pesakit yang tak stabil (selalunya ada ubat sokongan (inotrope)). Mereka ni adalah golongan kes zone merah di emergency, jadi perlu turun segera tengok pesakit walaupun round belum habis.."
"sementara kalau kes lain, aku tunggu sampai habis round dulu baru turun tengok" 
12pm : Masa ni biasanya aku akan tanya MO Postcall untuk passover. Kalau ada apa-apa isu tertinggal yang tak dapat diselesaikan pagi, aku perlu sambung petang nanti.
"Biasanya aku prefer MO Postcall passover secara bedside terutamanya kes pesakit yang complicated sebab boleh terus Q&A kalau ada apa-apa pertanyaan. Kalau kes pesakit tak teruk, maka aku tak kisah pun kalau sekadar mesej / whataspp je.." 
2pm : Kalau dah takde kes rujukan lagi, selalu aku akan buat PM review untuk pesakit CCU. Pada hari yang sibuk, mungkin ada MO CCU (biasanya MO ni akan oncall esok --> jadi melawat kawasan siap-siap sebelum oncall) akan tolong buat review. Kalau MO CCU sibuk, mungkin aku akan buat review lewat sikit)
"Sebenarnya pukul 2pm ni masa yang tak sesuai sebab golden hour bagi staf jururawat. Mereka paling garang masa ni sebab nak passover kes oleh staf pagi kepada staf petang (supaya staf pagi boleh balik cepat-cepat). Tapi aku suka ambil kesempatan dengar mereka passover (mereka akan cerita kisah pesakit dari mula-mula masuk wad, update penting tentang prosedur pesakit buat pada bila dll.) supaya takde la aku nak tanya banyak kali ketika mereka sibuk dengan kerja lain nanti.."
9pm : buat night review pesakit pula kalau takde kes rujukan (pun sama sengaja aku ambil dekat-dekat golden hour)

11pm : kalau dah free takde kes rujukan, maka aku akan ambil chance untuk tidur. Hendaknya tiada gangguan sampai pagi ^-^ 
"Dalam 10 kali aku kerja oncall 1, selalunya dapat tidur aman damai 7 kali. 3 kali selalu panas dan sibuk..  
(esok) 530am : selalunya aku bangun dan solat dulu baru mula. Buat AM review untuk hari ni sementara tunggu round pagi dengan specialist.

(esok) 8am : masa ni status aku ialah postcall sebab dah lepas tempoh masa oncall aku. Masa round, aku perlu tunjuk kepada specialist semua kes yang aku admit untuk rancangan selanjutnya.

(esok) 11am : dah habis round, biasanya aku perlu laksanakan sebarang pelan tindakan pakar untuk sesi pagi.

(esok) 12pm : kalau dah takde apa-apa, aku akan passover kepada MO oncall seterusnya...

-------------------------------------------------------------

Demikianlah sedikit sebanyak tentang jadual oncall 1.. Untuk entri yang akan datang, aku akan kongsikan peranan lain pula..


Some other stream of thought
Sepanjang masa MO ku setakat ini, aku masih terkesan dengan nasihat / mesej entri HO Arc yang lalu...

Antara peranan MO yang lain ialah
  • Oncall 2
  • Passive
  • Clinic
  • Daycare 
  • DSCT & INR
  • Research - bantu doktor pakar dalam hal research. Aku pernah tulis entry pasal TELAMI study (salah satu kajian baru di PJHUS)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)