MO-ship Cardiac (Oncall 2)

Bismillah.. Jadi entri kali ni adalah sambungan tentang peranan lagi kerjaya sebagai MO cardiac.

MO-ship Cardiac : Oncall 2 @ CRW
Dalam entri kali ni, aku akan menjelaskan peranan MO oncall 2.
"Masa mula-mula bertugas di PJHUS, belum ada lagi fungsi MO Oncall 2 ni. Sehinggalah Feb 2016 yang mana wujudnya ICL yang kedua maka seraya menambah lagi kemungkinan pesakit yang akan dimasukkan ke dalam wad (mungkin kes elektif untuk angiogram), serta pembukaan wad baru di tingkat 8. Jadi jenuhlah kalau sepanjang oncall hanya bergantung pada seorang MO Oncall. Oleh sebab itu, MO oncall 2 diwujudkan.."
Alhamdulillah, aku bersyukur dengan penetapan sedemikian. Paling tidak, aku tidak berseorangan menempuhi hari-hari oncall. Kalau ada apa-apa kemusykilan, mungkin boleh juga aku berbincang..

  • Tugas MO oncall bermula 8am - 8am esok harinya. 
  • Dalam masa 24jam, MO oncall 2 lebih bertugas menguruskan wad CRW
"Wad CRW biasanya dipenuhi dengan pesakit jantung yang sedikit stabil (yang mana pesakit paling kurang tidak perlu bantuan ubatan inotrope / oksigen khas). Namun begitu, beban kerja di CRW masih tidak kurang penatnya. Turnover pesakit jantung biasanya cepat.
Kalau pesakit datang kes elektif (untuk angiogram) --> kemungkinan seusai angiogram, perlu diteliti sama ada boleh discharge (pulang) pada hari yang sama atau pun tidak
Kalau pesakit datang sebab ACS event (serangan jantung tahap sederhana) --> paling tidak cukup saja 3 hari rawatan, dah boleh rancang untuk discharge juga.
"Pesakit baru (bukan kes elektif) biasanya akan dimasukkan ke dalam acute cubicle (ada 8 katil) untuk pemerhatian awal (kalau-kalau keadaan pesakit tidak menentu). Dengan masa, kalau pesakit stabil, baru dapat diatur pindah ke bilik (cubicle lain/biasa = tak perlu pemerhatian sangat = pesakit bebas jalan-jalan sikit).."
Jadi acute cubicle ni boleh dianggap sebagai stesen perhentian pertama pesakit baru (bukan kes elektif), tugas MO Oncall 2 kena buat pernilaian dan pindahkan ke bilik lain (kalau keadaan stabil) bagi menyediakan ruang kosong lagi bagi pesakit mendatang..
"Bayangkan kalau pesakit datang 12 orang berturut-turut, pening kepala dibuatnya ketika meneliti pesakit dan pilih siapa yang sesuai pindah bilik (kalau salah pilih lagi banyak kerja dibuatnya) ^-^!  
Alhamdulillah, staf jururawat di sini semuanya pun dapat berdikari dan boleh tolong menjalankan prosedur ringan bagi pihak doktor (misalnya venapunture, IV line insertion, CBD, NG tube).
  • Prosedur yang complex (central line insertion/ Septic workup/ Intubation) namun masih perlu MO Oncall 2 yang uruskan.."
Sebenarnya tiada jadual bertulis tentang apa yang patut MO Oncall 2 lakukan sepanjang hari bertugas, tapi bagi aku secara idealnya..

9am : lepas habis Round CCU, specialist (cardiologist) sambung round sini pula
"Masa ni MO oncall 2 akan ambil tahu siapa pesakit yang perlukan perhatian lebih dan siapa yang stabil. Jadi sebarang pelan tindakan (rujukan ke jabatan lain),prosedur, biasanya akan dilakukan oleh MO Oncall 2.
11am : biasanya round dah habis, maka MO Oncall 2 (serta MO yang lain-lain) akan menjalankan pelan tindakan pesakit. Dan juga, pesakit yang dibenarkan pulang (discharge), maka adalah tugas doktor untuk menyediakan dokumen laporan/ubatan pulang rumah..

12pm : Masa ni biasanya aku akan tanya MO Postcall untuk passover. Kalau ada apa-apa isu tertinggal yang tak dapat diselesaikan pagi, aku perlu sambung petang nanti.
"Biasanya aku prefer MO Postcall passover secara bedside terutamanya kes pesakit yang complicated sebab boleh terus Q&A kalau ada apa-apa pertanyaan. Kalau kes pesakit tak teruk, maka aku tak kisah pun kalau sekadar mesej / whataspp je.." 
2pm : Kalau dah takde kes rujukan lagi, selalu aku akan buat PM review untuk pesakit acute cubicle. Mana-mana yang stabil perlu dipindahkan ke bilik lain, supaya acute cubicle bersedia menerima pesakit (kes) baru..
"Dan macam entri terdahulu, aku suka/sengaja buat review ketika staf nurse bertukar shif sebab boleh dengar sekali, sambil-sambil mencelah tanya..
Biasanya MO oncall 2, kalau pada sesuatu hari tak sibuk, maka tak sibuk la keadaannya. Sebaliknya kalau sibuk (pesakit ramai dan tak stabil), maka keadaan akan jadi sibuk..

5pm : (kalau hari lapang & aman damai sahaja). Masa ni aku suka jalan-jalan sekeliling hospital. ambil anign dan pemandangan ^-^!
"Dalam 10 kali aku kerja oncall 1, selalunya dapat tidur aman damai 7 kali. 3 kali selalu panas dan sibuk..   


hari-hari terakhir di PJHUS.. rindunya..

9pm : buat night review pesakit pula kalau takde kes rujukan (pun sama sengaja aku ambil dekat-dekat golden hour)

10pm : kalau pesakit semua tenang dan tenteram, maka aku round dekat bilik-bilik belakang pulak, tengok semua pesakit stabil & baca-baca sedikit. Kenal pasti mereka yang rasa-rasa boleh balik esok. Kalau kira-kira macam ramai, maka kadang-kadang aku ambil inisiatif tolong buat in advance..

(esok) 530am : selalunya aku bangun dan solat dulu baru mula. Buat AM review untuk hari ni sementara tunggu round pagi dengan specialist.

(esok) 8am : masa ni status aku ialah postcall sebab dah lepas tempoh masa oncall aku. Masa round, aku perlu tunjuk kepada specialist semua kes yang aku admit untuk rancangan selanjutnya.

(esok) 11am : dah habis round, biasanya aku perlu laksanakan sebarang pelan tindakan pakar untuk sesi pagi.

(esok) 12pm : kalau dah takde apa-apa, aku akan passover kepada MO oncall seterusnya...

anggota CRW
-------------------------------------------------------------
Jujurnya tak kira oncall atau tak oncall, aku suka bertugas di CRW. Staf jururawat di sini lebih friendly dan berniat membantu doktor dalam melaksanakan pelan tindakan (contohnya, menyediakan borang ECHO/ makmal/ Xray siap-siap)..

Tapi teringat aku akan nasihat dari seorang doktor pakar ketika HO posting terakhir dulu. Masa tu ada seorang rakan sekerja mengadu bahawa staf jururawat seringkali tidak bekerjasama dalam melaksanakan pelan rawatan doktor sampai kena marah..
"Sebenarnya kalau nak dapat kerjasama terbaik daripada pihak jururawat dalam perlaksanaan pelan tindakan rawatan pesakit --> perlu mengenal (nama) jururawat terlebih dahulu. Ini tidak, asyik-asyik "staff nurse".. 
Situasi A : "Eh staff nurse, tolong saya ambil peralatan Blood C+S"
Situasi B : "Eh _____(nama staf), tolong saya ambil peralatan Blood C+S"

rasanya sama macam situasi biasa..

Situasi C : "Eh budak, tolong tutup pintu itu.."
Situasi D : "Eh _____ (nama), tolong tutup pintu itu.."

panggilan umum (contoh: nurse/budak) tidak nampak mesra, membuatkan pihak terlibat tak ikhlas (acuh tak acuh) untuk menolong..

-----------------------------------------------------------
Some other stream of thought
Antara peranan MO yang lain ialah;

  • Oncall 1
  • Passive
  • Clinic
  • Daycare
  • DCST & INR
  • Research - bantu doktor pakar dalam hal research. Aku pernah tulis entry pasal TELAMI study (salah satu kajian baru di PJHUS)

Ulasan

syedzran berkata…
thanks for the positive feedback

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)